Thursday, November 1, 2007

Port Dickson - Zoo Melaka - Raub - Part 1

Minta maaflah sebab lambat sambung posting ke Port Dickson ni. Bukan apa aku sibuk sikit lepas raya ni. Banyak kerja nak kena cover balik. Ok lar aku cerita perjalanan aku ke Port Dickson.
Kami bertolak dari Kuantan pada 16hb. Okt kira-kira pukul 7.30 pagi dengan 3 buah kereta. Perjalanan pergi konon-kononnya diketuai oleh abang long aziz tapi bila dah masuk Negeri Sembilan tiga-tiga jadi ketua, hehe. Kami sampai ke banglo Maybank dalam pukul 3 petang. Oleh kerana masing-masing dah kelaparan tahap gaban terus bawa masuk bekal makanan dulu. Dah tak peduli dah pasal beg-beg semua. Bila dah isi perut barulah nampak ceria masing-masing. Besar juga banglo ni ada 3 bilik. Setiap bilik ada air cond macam bilik kat hotel lar. Perkakas rumah kira complete lar ada tv, peti sejuk, dapur gas, microwave, peralatan untuk memasak, pinggan mangkuk pendek kata semua ada lar. Cuma mesin basuh je rosak kalau tidak kami memang membasuh je lar kerjanya.

Inilah rupanya banglo tempat kami menginap

Lepas rehat-rehat, aku dan Khairol, Kak Esah, abang long aziz dan Kak Ros serta mak mertua aku keluar ke bandar Port Dickson nak beli barang dapur untuk memasak sepanjang kami kat situ. Dari banglo nak ke bandar Port Dickson lebih kurang 20 minit. Kami pergi ke satu pasaraya yang boleh tahan juga besarnya. Beli punya beli habis kat situ dekat rm200 lebih. Ye lar nak makannya ada lebih kurang 13 mulut. Lagi pun kami beli untuk hari kedua dan ketiga sekali. Jadi, tak payah lah keluar membeli barang dapur selalu. Hari pertama kami cuma lepak kat rumah menghilangkan penat jalan jauh. Kami plan hari kedua nanti baru keluar berjalan-jalan

Anak aku belajar jadi pemain golf

Hari kedua 17hb. Okt lepas sarapan kami pergi ke Zoo Mini Port Dickson. Saja seronok-seronok bawa anak-anak tengok binatang. Bayaran masuk ke zoo ni untuk dewasa rm6 dan kanak-kanak bawah 12 tahun rm3. Luas juga kawasan zoo ni dan banyak juga binatang-binatangnya. Apa yang bestnya zoo ni dibina dalam kebun buah-buahan. Jadi redup je suasana dan tak lah panas sangat kami berjalan. Cuma kalau tengah musim buah-buahan mesti lagi best. Sambil berjalan sambil petik buah hehehe. Anak dara aku lagi best sebab dibawa oleh akinya menunggang kuda. Sanggup pulak pak mertua aku tu ikut sekali berjalan dengan kuda tu takut anak dara aku jatuh. Ye lar cucu kesayangan la katakan.


Bakal equestrian negara bersama jurulatihnya... hehe

Lepas puas menengok binatang kat zoo tu kami pegi minum-minum air kelapa kat satu gerai di tepi jalan. Sebiji kelapa pandan tu rm2.50. Air kelapanya banyak cuma tak berapa manis. Lepas hilangkan dahaga kami pergi lepak kat tepi pantai di Teluk Kemang. Ramai juga orang mungkin ibu bapa ambil kesempatan cuti panjang lepas raya nak bawa anak-anak berjalan. Anak aku tidur lak jadi tak dapat bagi dia main kat pantai. Aku dan Khairol ambil kesempatan pergi shopping kat gerai-gerai souvernir. Kami beli seluar hawaii dan beli baju untuk anak aku. Untuk kenangan dah sampai ke Port Dickson. Kira-kira pukul 2.30 petang kami balik ke banglo sebab petang nanti kami nak pergi ke Zoo Melaka pulak nak tengok zoo malam. Sampai je di banglo kami cepat-cepat masak sebab dah lapar. Kira-kira pukul 5.30 petang kami pun mula bertolak ke Zoo Melaka. Dari Port Dickson ke Melaka memang dah dekat.

Kami sampai ke zoo pukul 8.00 malam. Bayaran untuk masuk dewasa rm10 dan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun rm5. Kami dibawa menaiki train dan diberi penerangan oleh seorang pekerja zoo. Sampai di tempat kurungan harimau, kami diturunkan kerana lebih puas berjalan kaki di situ. Train akan tunggu di satu tempat khas di akhir destinasi nanti. Banyak juga pak belang yang diletakkan di dalam kandang. Ada yang tidur dan ada juga yang aktif. Ada seekor pak belang tu cam nak melompat keluar je dari kandang. Habis round semua dalam pukul 9.30 malam. Aku sempat beli souvenir berupa key chain untuk kenang-kenangan. Kami terus bertolak balik ke banglo. Ingatkan akan berhenti untuk makan tapi masing-masing laju je balik. Kami sampai rumah kira-kira pukul 1 pagi sebab terikut abang long aziz yang terlajak masuk ke jalan lain. Jalan tu sampai juga ke Port Dickson cuma jauh sikit dari jalan masa kami pergi tadi. Sampai ke banglo masing-masing semua serbu dapur cari makanan. Aku dah tak larat dah mengantuk sangat memang tak rasa lapar dah.

Hari ketiga 18hb. Okt lepas berkemas dan sarapan kami pun check out. Destinasi seterusnya ke Nilai 3 syurga kain pasang. Dekat berapa jam kami kat situ sebab Kak Esah berniat nak buat jual lak kain pasang. Jadi, kami beli kira-kira 20 pasang kain. Mak mertua aku sampai merajuk-rajuk sebab lapar menunggu kami. Kira-kira pukul 3 petang baru kami bertolak keluar dari Nilai 3 menuju ke Raub. Masa berhenti makan di bandar Raub mak mertua aku taknak makan sebab merajuk punya pasal. Lepas tu kami singgah di pasaraya sebab nak beli barang dapur untuk rumah Pak Ngah. Kami sampai di rumah Pak Ngah kira-kira pukul 8.30 malam.

Setakat ini lar dulu posting aku. Aku akan sambung nanti kisah percutian ni di part 2.

No comments:

Share |