Thursday, November 29, 2007

Moral Anak-anak Muda Sekarang

Baru-baru ni kami dibebankan dengan satu lagi masalah. Bukan masalah kami sebenarnya tapi masalah suku-sakat Khairol. Ini berkenaan dengan anak saudara sepupu Khairol. Anak saudara sepupu ni yang aku panggil di sini sebagai Amah, baru berusia 17 tahun tengah ambil SPM sekarang ni. Biasalah anak muda zaman sekarang, sekolah lagi dah ada pakwe tapi ini bukan setakat pakwe cam dah jadi suami isteri pulak. Budak Amah ni dah berani pergi umah pakwe dia ni, tidur sana 2, 3 hari tak ingat nak balik umah dah.

Masa mula-mula kami tau pasal ni, Khairol dah bagi nasihat suruh Amah ni tumpu pada pelajaran dulu, habiskan SPM dulu. Lepas tu kalau dia nak kahwin ke, tunggang terbalik ke kami tak kisah dah tapi itu lah tak dengar cakap rupanya. Hari Selasa lepas kakak Amah ni, Dayang dan suaminya telefon Khairol nak minta selesaikan perkara ni sebab dah jadi teruk sangat dah. Jadi, Khairol pun terpaksa jugaklah jadi penasihat sebab memikirkan si Dayang ni je. Kalau fikirkan mak ayah dia memang kami taknak masuk campur dah.

Dayang ni pun cerita yang Amah ni baru-baru ni tak balik ke rumah selama 3 hari sebab pergi ke rumah pakwe di Chini tu sedangkan dia tengah periksa SPM. Memanglah Dayang ni marah kalau aku pun anak aku buat cam tu memang teruk anak aku. Kebetulan masa Amah ni balik rumah suami Dayang ni ada, suami Dayang pun pukul la Amah ni. Bagi aku tak salah suaminya buat cam tu sebab kira tanggungjawab dia juga. Tapi Amah boleh marah balik suami Dayang ni itu yang Dayang tak tahan. Dia nak settle juga masalah ni itu yang dia dan suami bawa Amah ni jumpa Khairol.

Khairol pun kata Amah ni dah tak boleh buat apa pun. Nasihat banyak-banyak pun tak guna sebab Amah memang dah tak dengar dah. Jalan yang paling baik kahwinkan je lar sebab Amah ni dah tidur dengan pakwe dia ni banyak kali dah jadi takkan nak tunggu perut dah memboyot baru nak suruh kahwin kan. Yang si Amah ni pun satu, bila kami cakap, dia buat macam orang bodoh je, tak rasa takut langsung cam takde apa-apa yang berlaku. Khairol pun telefon pakwe dia tanya sama ada pakwe dia ni nak kahwin tak dengan Amah ni. Mula-mula cakap takde duitlah, baru kerjalah, banyaklah alasannya, bila Khairol gertak nak buat laporan polis semua barulah takut kata memang nak kahwin tapi kena tunggu gajilah. Khairol pun kata dia pegang kata-kata tu. Kiranya duit untuk bayar urusan perkahwinan je lar. Kenduri-kenduri tak payahlah kalau dah macam ni.

Jadi, itulah jalan penyelesaian yang dapat kami buat. Aku pun tak taulah budak-budah sekarang ni. Ambil mudah je masa depan diorang. Tak fikir langsung akan datang nanti macam mana. Fikir nak senang je. Harap-harap janganlah jadi kat anak aku nanti. Minta-mintalah dijauhkan.

No comments:

Share |