Thursday, November 29, 2007

Demam lagi!!!

4 hari lepas Qistina demam lagi disertakan sekali dengan batuk. Batuk tu pulak macam nak lelah. Risau gak aku mana la tau dia ada lelah sebab keturunan aku memang ada penyakit ni. Bawa dia pergi klinik lagi. Dr cakap dia batuk cam tu sebab tak tau nak keluarkan kahak dari tekak dia tu tapi dr kata kena jaga-jaga jugak sebab kalau dibiarkan lama mungkin boleh jadi lelah. Pas tu bagi lagi ubat demam, ubat batuk+kahak+lelah dan antibiotik.

Part bagi ubat ni lah yang tercabar sikit. Anak aku ni memang payah nak bagi ubat, padahal bukan pahit pun ubat tu. Bila suapkan pandai dia sembur balik ubat tu. Cara yang terbaik campur ubat tu dalam susu dia je lar kalau buat cara biasa ubat banyak yang keluar dari masuk ke mulut dia. Kemudian, kakak ipar aku Kak Lah call bagi tau mungkin anak aku kena 'tegur'. Dia ada pergi berubat dengan seorang pengamal alternatif ni, sambil tu dia cerita la pasal anak aku yang asyik demam je, lepas tengok2 orang tu kata anak aku ni kena 'tegur' kat umah aku sendiri. Dia kata umah aku dan kawasan umah aku tu memang 'keras' sikit.

So, orang tu buatlah air tawar untuk anak aku dan dia kata kalau boleh bawa sendiri anak aku nanti jumpa dia. Sebelum tu suami aku pun berubat dengan dia jugak pasal umah aku tu lah. Suami aku pun kena macam tu juga rasa demam, lemah je badan. Lama juga dia kena tapi tak cerita kat aku. Cuma aku seorang je sekarang ni yang masih bertahan. Memang selama aku duduk kat umah aku tu macam-macam aku dengar. Dengar orang menumbuk pakai lesung batu tu, tutup pintu kuat, alih perabut dan macam-macam lagi. Mula-mula aku ingat orang atas umah aku (aku duduk kat kuarters 4 tingkat, aku kat tingkat 2) yang buat bunyi-bunyi semua tu, tapi lama-lama aku pelik, takkan tumbuk lesung batu pukul 2, 3 pagi kan. Pastu takkan hari-hari alih perabot bagai. Kami pun dapat tau la dari penghuni lama kat situ diorang kata memang dari dulu lagi dah bunyi-bunyi tu tapi sebab dah lali jadi tak kisah dah, cuma diorang kata sejak kami duduk kat situ makin menjadi-jadi pulak.

So, sekarang ni kami buat keputusan nak pindah dari rumah tu dan sewa tempat lain. Dah dapat dah rumah sewa tapi tuan rumah tu kata nak tunggu CF dulu. Jadi, terpaksalah tunggu lagi. Aku ni nak kata percaya tak juga tapi nak kata tak percaya tu tak jugak sebab memang ada kan makhluk-makhluk halus ni tapi aku selalunya buat tak tau je. Jadi anak aku sekarang ni dah sihat cuma batuk-batuk je ada lagi sikit tapi kira aku dah lega la tengok keadaan dia.

1 comment:

huddy said...

huhu takut eh kene tegur..cam org still ade perasaan mcm tu lagi walaupun dah dekat setahun kene yg sakit tu....mcm nak mati rasa..ngan sejuk tahap ais!