Thursday, November 29, 2007

Moral Anak-anak Muda Sekarang

Baru-baru ni kami dibebankan dengan satu lagi masalah. Bukan masalah kami sebenarnya tapi masalah suku-sakat Khairol. Ini berkenaan dengan anak saudara sepupu Khairol. Anak saudara sepupu ni yang aku panggil di sini sebagai Amah, baru berusia 17 tahun tengah ambil SPM sekarang ni. Biasalah anak muda zaman sekarang, sekolah lagi dah ada pakwe tapi ini bukan setakat pakwe cam dah jadi suami isteri pulak. Budak Amah ni dah berani pergi umah pakwe dia ni, tidur sana 2, 3 hari tak ingat nak balik umah dah.

Masa mula-mula kami tau pasal ni, Khairol dah bagi nasihat suruh Amah ni tumpu pada pelajaran dulu, habiskan SPM dulu. Lepas tu kalau dia nak kahwin ke, tunggang terbalik ke kami tak kisah dah tapi itu lah tak dengar cakap rupanya. Hari Selasa lepas kakak Amah ni, Dayang dan suaminya telefon Khairol nak minta selesaikan perkara ni sebab dah jadi teruk sangat dah. Jadi, Khairol pun terpaksa jugaklah jadi penasihat sebab memikirkan si Dayang ni je. Kalau fikirkan mak ayah dia memang kami taknak masuk campur dah.

Dayang ni pun cerita yang Amah ni baru-baru ni tak balik ke rumah selama 3 hari sebab pergi ke rumah pakwe di Chini tu sedangkan dia tengah periksa SPM. Memanglah Dayang ni marah kalau aku pun anak aku buat cam tu memang teruk anak aku. Kebetulan masa Amah ni balik rumah suami Dayang ni ada, suami Dayang pun pukul la Amah ni. Bagi aku tak salah suaminya buat cam tu sebab kira tanggungjawab dia juga. Tapi Amah boleh marah balik suami Dayang ni itu yang Dayang tak tahan. Dia nak settle juga masalah ni itu yang dia dan suami bawa Amah ni jumpa Khairol.

Khairol pun kata Amah ni dah tak boleh buat apa pun. Nasihat banyak-banyak pun tak guna sebab Amah memang dah tak dengar dah. Jalan yang paling baik kahwinkan je lar sebab Amah ni dah tidur dengan pakwe dia ni banyak kali dah jadi takkan nak tunggu perut dah memboyot baru nak suruh kahwin kan. Yang si Amah ni pun satu, bila kami cakap, dia buat macam orang bodoh je, tak rasa takut langsung cam takde apa-apa yang berlaku. Khairol pun telefon pakwe dia tanya sama ada pakwe dia ni nak kahwin tak dengan Amah ni. Mula-mula cakap takde duitlah, baru kerjalah, banyaklah alasannya, bila Khairol gertak nak buat laporan polis semua barulah takut kata memang nak kahwin tapi kena tunggu gajilah. Khairol pun kata dia pegang kata-kata tu. Kiranya duit untuk bayar urusan perkahwinan je lar. Kenduri-kenduri tak payahlah kalau dah macam ni.

Jadi, itulah jalan penyelesaian yang dapat kami buat. Aku pun tak taulah budak-budah sekarang ni. Ambil mudah je masa depan diorang. Tak fikir langsung akan datang nanti macam mana. Fikir nak senang je. Harap-harap janganlah jadi kat anak aku nanti. Minta-mintalah dijauhkan.

Demam lagi!!!

4 hari lepas Qistina demam lagi disertakan sekali dengan batuk. Batuk tu pulak macam nak lelah. Risau gak aku mana la tau dia ada lelah sebab keturunan aku memang ada penyakit ni. Bawa dia pergi klinik lagi. Dr cakap dia batuk cam tu sebab tak tau nak keluarkan kahak dari tekak dia tu tapi dr kata kena jaga-jaga jugak sebab kalau dibiarkan lama mungkin boleh jadi lelah. Pas tu bagi lagi ubat demam, ubat batuk+kahak+lelah dan antibiotik.

Part bagi ubat ni lah yang tercabar sikit. Anak aku ni memang payah nak bagi ubat, padahal bukan pahit pun ubat tu. Bila suapkan pandai dia sembur balik ubat tu. Cara yang terbaik campur ubat tu dalam susu dia je lar kalau buat cara biasa ubat banyak yang keluar dari masuk ke mulut dia. Kemudian, kakak ipar aku Kak Lah call bagi tau mungkin anak aku kena 'tegur'. Dia ada pergi berubat dengan seorang pengamal alternatif ni, sambil tu dia cerita la pasal anak aku yang asyik demam je, lepas tengok2 orang tu kata anak aku ni kena 'tegur' kat umah aku sendiri. Dia kata umah aku dan kawasan umah aku tu memang 'keras' sikit.

So, orang tu buatlah air tawar untuk anak aku dan dia kata kalau boleh bawa sendiri anak aku nanti jumpa dia. Sebelum tu suami aku pun berubat dengan dia jugak pasal umah aku tu lah. Suami aku pun kena macam tu juga rasa demam, lemah je badan. Lama juga dia kena tapi tak cerita kat aku. Cuma aku seorang je sekarang ni yang masih bertahan. Memang selama aku duduk kat umah aku tu macam-macam aku dengar. Dengar orang menumbuk pakai lesung batu tu, tutup pintu kuat, alih perabut dan macam-macam lagi. Mula-mula aku ingat orang atas umah aku (aku duduk kat kuarters 4 tingkat, aku kat tingkat 2) yang buat bunyi-bunyi semua tu, tapi lama-lama aku pelik, takkan tumbuk lesung batu pukul 2, 3 pagi kan. Pastu takkan hari-hari alih perabot bagai. Kami pun dapat tau la dari penghuni lama kat situ diorang kata memang dari dulu lagi dah bunyi-bunyi tu tapi sebab dah lali jadi tak kisah dah, cuma diorang kata sejak kami duduk kat situ makin menjadi-jadi pulak.

So, sekarang ni kami buat keputusan nak pindah dari rumah tu dan sewa tempat lain. Dah dapat dah rumah sewa tapi tuan rumah tu kata nak tunggu CF dulu. Jadi, terpaksalah tunggu lagi. Aku ni nak kata percaya tak juga tapi nak kata tak percaya tu tak jugak sebab memang ada kan makhluk-makhluk halus ni tapi aku selalunya buat tak tau je. Jadi anak aku sekarang ni dah sihat cuma batuk-batuk je ada lagi sikit tapi kira aku dah lega la tengok keadaan dia.

Tuesday, November 20, 2007

Anugerah Juara Lagu - Semi Final Balada

Pada 18 November yang lalu berlangsung Semi Final Anugerah Juara Lagu kategori balada. Aku tak melepaskan peluang menontonnya di tv sebab lagu-lagu yang bertanding semua best-best belaka. Memang puas hati menontonnya daripada kategori etnik kreatif yang lalu. Aku memang tak tengok pun kategori tu.

Apa yang aku tak puas hati pakaian penyanyi-penyanyi perempuan macam sekadar melepaskan batuk di tangga je. Macam baju Nieyl, cam sewa kat butik pengantin je. Jac lak cam nak pegi high tea. Siti Nurhaliza not bad cuma dress tu membuatkan tubuhnya nampak berisi. Idayu lagilah, nampak very the sendat. Argghh... seksa aku tengok. Apapun inilah persembahan pilihan peribadi aku.

Persembahan Pilihan

1. Ceritera Cinta
2. Kasih Tercipta
3. Harapan
4. Bisakah
5. Mahakarya Cinta
6. Izinkan Ku Pergi
7. Hilang
8. Sejuta Nafas Cinta
9. Lagu Nieyl (tak ingat tajuk)
10. Lagu Idayu (tak ingat tajuk)


5 lagu pilihan peribadi untuk ke final

1. Ceritera Cinta
2. Harapan
3. Kasih Tercipta
4. Bisakah
5. Mahakarya Cinta

Wednesday, November 14, 2007

Demam

Malam semalam aku bawa anak pergi klinik sebab dah seminggu lebih keadaan anak aku macam tu je. Sekejap demam sekejap ok. Khairol pula kena overtime so aku pegi dengan bapa mertua aku. Ramai juga orang yang tunggu giliran. Kebanyakannya bawa anak-anak yang demam. Memang musim demam la sekarang ni. Nasib baik doktor yang selalu aku jumpa tu ada. Doktor Nurita namanya, memang bagus doktor ni. Friendly ya amat. Seronok kalau jumpa dia. Oleh kerana aku nak jumpa Dr Nurita ni jadi lambat la giliran sebab yang sebelum aku pun ramai juga nak jumpa dia.

Bila sampai giliran, aku pun cerita kat dr apa yang berlaku kat anak aku. So, dia buat conclusion anak aku kena jangkitan virus. Memang biasa la kena kat budak-budak. Ye lar budak-budak semua benda nak masuk mulut. Lepas tu dr nurita tanya la macam mana anak aku kat rumah, aktif ke, selera makan dia, minat dia. Aku cakap la anak aku memang lasak, demam-demam pun berlari jugak panjat kerusi la ikut suka dia la. Makan pun selera semua nak tak muntah tak apa, tak melepek la kiranya. Dr Nurita kata kalau cam tu oklah, anak aku tak adalah teruk sangat cuma kadang-kadang suhu badan naik. Itu yang buat kita risau. Lagi satu perut anak aku banyak angin sebab tu dia berak-berak. Seperti biasa bagi ubat kali ni botol besar sikit. Ubat demam, selsema, batuk + kahak dan ubat titis untuk meredakan pernafasan disebabkan selsema dia. Semua sekali RM30.
Balik dari klinik terus bagi ubat kat anak aku. Sorang pegawai kat ofis aku kata kalau demam berlarutan macam tu mesti berkaitan dengan perut. Dia suggest la ubat cara kampung guna daun ketumbit dengan daun kacang hantu, campur dengan kapur makan skit lepas tu ramas-ramas. Kemudian sapu kat perut dan pakaikan barut. Nak cuba juga dan minta tolong dengan pegawai aku carikan daun tu sebab mertua aku pun tak berapa kenal. Aku tak kisah buat macam mana pun asalkan anak aku sihat macam dulu. Kesian tengok dia asik merengek je. Sejak anak aku tak berapa sihat ni memang manja sikit. Nak melekap je dengan aku. Tak sampai hati juga tengok dia. Sibuk macam mana pun aku dukung juga dia, peluk dia. Dalam tak sihat tu pun degil juga. Itu la tak tau nak kata dia demam ke tak hehe. Qistina you are my sunshine!

Tuesday, November 13, 2007

New Car Will Be Coming Soon!

Baru aku perasan post aku yang lepas takde title. Boring betul kalau terlupa cam tu tapi nak buat camne aku dah publish dah malas la nak edit semula. Aku sekarang ni risau je sebab anak aku belum betul-betul baik daripada demam. Dah seminggu lebih dia demam on and off. Selsema dan batuk lagi, pastu kalau dia berak cair je cam air je kuar. Kesian juga kat dia nampak cengkung dah. Alhamdulillah, 2, 3 hari ni dia nampak cergas skit.

Sekarang ni aku dan Khairol berura-ura nak beli kereta baru. Kereta yang lama masih ada tapi kami tak nak jual. Kiranya nak beli kereta kedua la. Bukan apa susah la bila Khairol kena balik lambat ke aku kena tunggu dia. Jadi, bila ada kereta satu lagi senang skit kami nak arrange. Hajat hati nak beli Myvi. Lagipun Kak Esah ada bagitau ada kenalan dia nak jual Myvi. Baru lagi Myvi tu tahun 2006. Aku rasa ok jugak. Tengah plan nak beli Myvi Kak Esah offer pulak Honda CRV tahun 1996. Memang murah je dalam RM30,000. Bila pk-pk ok jugak sebab CRV besar lagi tapi aku memang teringin nak Myvi. Aku pun bincang dengan Khairol. Kami rasa Myvi tu pun beli jugak dan CRV tu Khairol kata kita beli juga tapi bulan-bulan dia kongsi dengan Kak Esah. Kiranya CRV tu nanti letak kat umah mertua aku, bila Khairol nak pakai atau Kak Esah balik Kuantan boleh guna. Aku rasa pun ok juga idea tu. Mertua aku pun boleh guna juga sebab kereta diorang pun dah lama. Walau bagaimanapun ini cuma planning je. InsyaAllah harap-harap akan jadi kenyataan.

Myvi atau CRV atau kedua-duanya?

Friday, November 9, 2007

Semalam cuti Deepavali. Kan aku ada beritahu dalam post yang lepas aku nak balik rumah mak dan ayah aku tapi seperti yang dijangka tak jadi. Famili Khairol buat plan pergi piknik sambil menjala ikan. Aku dah agak bila dengar pasal menjala ikan Khairol mesti ketar kepala punya. Lupa dah plan yang kami rancang. Aku dalam sakit-sakit hati terpaksa juga ikut sebab taknak gaduh-gaduh.

Sebelum pergi tempat piknik tu aku, Khairol, Kak Esah bawa anak-anak pergi jalan-jalan di Kuantan Parade. Kak Esah dah janji dengan anaknya Darwish nak naik jetlah, helikopter kat tempat game. Oklah, boleh juga bawa Qistina main sama. Qistina bila bawa tempat macam tu sukalah dia. Dapat pula jalan sendiri, jauhlah langkahnya. Berlari ke sana berlari ke sini puaslah aku ni mengikut dia.


Darwish membawa Qistina naik ulat gergasi


Qistina, pandu kereta pandang depan!

Lepas puas berjalan barulah kami pergi ke tempat piknik. Dekat je dengan bandar Kuantan. Kat Kg Anak Ayer je. Mertua aku, Kak Lah, Abang Isa, Abang Long Aziz, Kak Long Ros dah sampai dulu. Kami sampai terus makan dulu sebab lapar. Lepas tu projek Abang Long Aziz dengan Abang Isa la pulak pergi menjala. Kami yang lain ni melepak je lar. Budak-budak memang seronok terutama Darwish dengan Amrul. Qistina lak asik buat perangai je. Kejap ok kejap kang mengada-ngada. Dia memang tak boleh kalau ramai-ramai orang mula la mengada-ngada nak perhatian.

Projek menjala tidak mendatangkan hasil yang lumayan. Hari pula nak hujan. Kami pun berkemas-kemas nak balik. Kami memutuskan untuk melepak di rumah Kak Lah. Aku dan Khairol terpaksa pulak beli ikan untuk dimasak malam nanti. Kami tak kisah sebab kalau kat rumah Kak Lah, Kak Lah memang rajin dan terer masak. Kalau tak takkan buka kedai makan. Cuma sekarang ni dah tutup kedainya sebab tak berapa untung. Jadi, dia tengah tunggu untuk interview mendapatkan kantin sekolah.

Balik dari rumah Kak Lah kira-kira pukul 9.00 malam. Sampai rumah lebih kurang pukul 9.45 malam. Penatnya rasa. Daripada sakit-sakit hati best pula rasanya piknik. Ye lar takkan aku nak biarkan rasa sakit hati aku merosakkan hari cuti aku kan. Pandai-pandailah redakan sendiri. Have a nice weekend!


Berkelah di pantai yang indah...

Cuba teka siapa empat orang ini?

Nyum!Nyum!Nyum!

2 musang berjanggut, Darwish dan Amrul

Seorang penjala ikan yang berjaya

Qistina sedang membuat perangai

Thursday, November 1, 2007

Melangkah Ke Alam Baru

Selamat Pengantin Baru, serba biru pengantin...
Pada 20hb. Okt yang lepas, aku, Khairol dan anak pergi ke kenduri kahwin ofismate aku di Felcra Sri Makmur, Maran. Alkisahnya itulah pertama kali aku sampai ke kampung tu, selama ni aku pernah dengar tapi tak tau kat mana. Nama ofismate aku tu Maziana binti Mokhtar. Dia ni baru je lagi kerja kat ofis aku. Aku rasa tak sampai 5 bulan lagi. Walau apa pun aku tak kisah dia baru lagi ke atau dah lama sebab aku dah target kalau member-member ofis aku atau member-member rapat aku kahwin aku akan pergi kecuali kalau ada apa-apa yang tidak boleh dielakkan.

Port Dickson - Zoo Melaka - Raub - Part 2

Ok sambungan dari part 1. Kami tidur semalaman di rumah Pak Ngah. Oh ye, nak cite skit pasal Pak Ngah ni. Sebenarnya Pak Ngah ni bukan Pak Ngah sebenar kepada suami aku tapi Pak Ngah angkat. Walau bagaimanapun dah dianggap seperti keluarga sendiri. Begini kisahnya seperti yang aku tahu je lar. Masa pak mertua aku muda-muda dulu, pak mertua aku ni pesara bomba. Masa dia kerja bomba dulu penah kerja kat Bentong. Waktu tu suami aku Khairol tak lahir lagi. Cuma ada abang long aziz, Kak Lah dan Kak Esah kalau tak silap lar. Jadi, masa kat Bentong ni abang long aziz ni dijaga oleh seorang makcik ni iaitu mak kepada Pak Ngah. Makcik ni jaga abang long aziz ni macam cucu sendiri. Pak mertua aku ni pun rapat lar jugak dengan makcik dan anggap macam mak sendiri. Rentetan daripada itulah keluarga pak mertua aku memang rapat dengan keluarga makcik ni. Makcik ni pun ada lagi dan kami semua panggil dia tok dan dah berumur sangat. Kami pergi ke Raub pun sebab nak jumpa tok ni lar. Tok ni ada seorang lagi anak lelaki, abang kepada Pak Ngah tapi daripada apa yang aku dengar dia ni yang kami panggil Pak Long tak berapa mesra sangat. Anak-anak dia pun macam berlagak padahal takde lar kaya sangat. Yang paling menyakitkan hati anak-anak dia ni pegi minta duit lak dengan tok diorang. Tak ke bodoh namanya tu. Orang yang segar-bugar, boleh kerja minta duit dengan orang yang dah tak berdaya. Tok tu pun bukannya kaya, hidup dengan duit pencen suami yang tak seberapa jer cuma adalah tanah rumah tok sekarang seluas 2 ekar. Itupun kalau orang tanya tanah tu nanti nak bagi sape, tok akan cakap nak bagi ke abang long aziz. Tok ni memang sayang sangat dengan abang long aziz. Pak Ngah memang tak kisah sebab dia dah tau hati budi abang long aziz ni. Dia pun tak kisah pasal harta2 ni.

Ok berbalik kepada kisah percutian aku, panjang lak kisah Pak Ngah tu ek, hari Jumaat 19hb. Okt kitorang plan nak balik pagi, oh ye lupa lak nak cite yang pegi Raub ni 2 buah kereta, kereta aku dengan abang long aziz. Kak Lah dengan keluarganya tak ikut sebab nak balik awal ke Kuantan, ada hal. Ok, mula-mula nak balik pagi alih-alih petang baru balik. Balik dengan sebuah kereta je sebab abang long aziz nak stay lagi satu malam. Jadi, mertua aku kena naik kereta aku lar. Bayangkan kereta kancil aku kat tempat duduk belakang diduduki oleh 3 orang dewasa dan seorang budak umur 2 tahun. Dengan barang-barang lagi, punyalah sendat. Pak mertua aku kata bila dia keluar dari kereta rasa macam dah tak ada punggung hahahah. Kami sampai di rumah mertua aku pukul 9.30 malam. Letih tak boleh nak cakaplah.

Macam tu lah percutian aku selama 4 hari 3 malam. Seronok memang seronok tapi penat jugak. Nampak gayanya aku dan Khairol kena beli kereta yang besar lagi. Bukan apa aku tak tau lah kenapa setiap kali pergi berjalan ramai nak naik kereta aku. Aku pelik jugak sebab kereta masing-masing lagi besar tapi nak naik jugak kereta kancil aku yang cute ni. Mertua aku pun suka naik dengan kami. Tak tau lah kenapa mungkin sebab kami ni tak banyak kerenah kot.

Aku rasa percutian ni penutup untuk tahun 2007 ni. So, percutian yang seterusnya tahun depan lah. Dah ada dalam kepala aku perancangan ke mana tahun depan. Harap-harap jadilah kalau tak ada apa-apa halangan. Ok, post yang seterusnya nanti aku nak cerita pasal perkahwinan ofismate aku.

Port Dickson - Zoo Melaka - Raub - Part 1

Minta maaflah sebab lambat sambung posting ke Port Dickson ni. Bukan apa aku sibuk sikit lepas raya ni. Banyak kerja nak kena cover balik. Ok lar aku cerita perjalanan aku ke Port Dickson.
Kami bertolak dari Kuantan pada 16hb. Okt kira-kira pukul 7.30 pagi dengan 3 buah kereta. Perjalanan pergi konon-kononnya diketuai oleh abang long aziz tapi bila dah masuk Negeri Sembilan tiga-tiga jadi ketua, hehe. Kami sampai ke banglo Maybank dalam pukul 3 petang. Oleh kerana masing-masing dah kelaparan tahap gaban terus bawa masuk bekal makanan dulu. Dah tak peduli dah pasal beg-beg semua. Bila dah isi perut barulah nampak ceria masing-masing. Besar juga banglo ni ada 3 bilik. Setiap bilik ada air cond macam bilik kat hotel lar. Perkakas rumah kira complete lar ada tv, peti sejuk, dapur gas, microwave, peralatan untuk memasak, pinggan mangkuk pendek kata semua ada lar. Cuma mesin basuh je rosak kalau tidak kami memang membasuh je lar kerjanya.

Inilah rupanya banglo tempat kami menginap

Lepas rehat-rehat, aku dan Khairol, Kak Esah, abang long aziz dan Kak Ros serta mak mertua aku keluar ke bandar Port Dickson nak beli barang dapur untuk memasak sepanjang kami kat situ. Dari banglo nak ke bandar Port Dickson lebih kurang 20 minit. Kami pergi ke satu pasaraya yang boleh tahan juga besarnya. Beli punya beli habis kat situ dekat rm200 lebih. Ye lar nak makannya ada lebih kurang 13 mulut. Lagi pun kami beli untuk hari kedua dan ketiga sekali. Jadi, tak payah lah keluar membeli barang dapur selalu. Hari pertama kami cuma lepak kat rumah menghilangkan penat jalan jauh. Kami plan hari kedua nanti baru keluar berjalan-jalan

Anak aku belajar jadi pemain golf

Hari kedua 17hb. Okt lepas sarapan kami pergi ke Zoo Mini Port Dickson. Saja seronok-seronok bawa anak-anak tengok binatang. Bayaran masuk ke zoo ni untuk dewasa rm6 dan kanak-kanak bawah 12 tahun rm3. Luas juga kawasan zoo ni dan banyak juga binatang-binatangnya. Apa yang bestnya zoo ni dibina dalam kebun buah-buahan. Jadi redup je suasana dan tak lah panas sangat kami berjalan. Cuma kalau tengah musim buah-buahan mesti lagi best. Sambil berjalan sambil petik buah hehehe. Anak dara aku lagi best sebab dibawa oleh akinya menunggang kuda. Sanggup pulak pak mertua aku tu ikut sekali berjalan dengan kuda tu takut anak dara aku jatuh. Ye lar cucu kesayangan la katakan.


Bakal equestrian negara bersama jurulatihnya... hehe

Lepas puas menengok binatang kat zoo tu kami pegi minum-minum air kelapa kat satu gerai di tepi jalan. Sebiji kelapa pandan tu rm2.50. Air kelapanya banyak cuma tak berapa manis. Lepas hilangkan dahaga kami pergi lepak kat tepi pantai di Teluk Kemang. Ramai juga orang mungkin ibu bapa ambil kesempatan cuti panjang lepas raya nak bawa anak-anak berjalan. Anak aku tidur lak jadi tak dapat bagi dia main kat pantai. Aku dan Khairol ambil kesempatan pergi shopping kat gerai-gerai souvernir. Kami beli seluar hawaii dan beli baju untuk anak aku. Untuk kenangan dah sampai ke Port Dickson. Kira-kira pukul 2.30 petang kami balik ke banglo sebab petang nanti kami nak pergi ke Zoo Melaka pulak nak tengok zoo malam. Sampai je di banglo kami cepat-cepat masak sebab dah lapar. Kira-kira pukul 5.30 petang kami pun mula bertolak ke Zoo Melaka. Dari Port Dickson ke Melaka memang dah dekat.

Kami sampai ke zoo pukul 8.00 malam. Bayaran untuk masuk dewasa rm10 dan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun rm5. Kami dibawa menaiki train dan diberi penerangan oleh seorang pekerja zoo. Sampai di tempat kurungan harimau, kami diturunkan kerana lebih puas berjalan kaki di situ. Train akan tunggu di satu tempat khas di akhir destinasi nanti. Banyak juga pak belang yang diletakkan di dalam kandang. Ada yang tidur dan ada juga yang aktif. Ada seekor pak belang tu cam nak melompat keluar je dari kandang. Habis round semua dalam pukul 9.30 malam. Aku sempat beli souvenir berupa key chain untuk kenang-kenangan. Kami terus bertolak balik ke banglo. Ingatkan akan berhenti untuk makan tapi masing-masing laju je balik. Kami sampai rumah kira-kira pukul 1 pagi sebab terikut abang long aziz yang terlajak masuk ke jalan lain. Jalan tu sampai juga ke Port Dickson cuma jauh sikit dari jalan masa kami pergi tadi. Sampai ke banglo masing-masing semua serbu dapur cari makanan. Aku dah tak larat dah mengantuk sangat memang tak rasa lapar dah.

Hari ketiga 18hb. Okt lepas berkemas dan sarapan kami pun check out. Destinasi seterusnya ke Nilai 3 syurga kain pasang. Dekat berapa jam kami kat situ sebab Kak Esah berniat nak buat jual lak kain pasang. Jadi, kami beli kira-kira 20 pasang kain. Mak mertua aku sampai merajuk-rajuk sebab lapar menunggu kami. Kira-kira pukul 3 petang baru kami bertolak keluar dari Nilai 3 menuju ke Raub. Masa berhenti makan di bandar Raub mak mertua aku taknak makan sebab merajuk punya pasal. Lepas tu kami singgah di pasaraya sebab nak beli barang dapur untuk rumah Pak Ngah. Kami sampai di rumah Pak Ngah kira-kira pukul 8.30 malam.

Setakat ini lar dulu posting aku. Aku akan sambung nanti kisah percutian ni di part 2.
Share |