Apalah daya ibu bapanya, terasa gugur jantung mengenangkan penyeksaan yang dilalui oleh si anak yang baru berusia 9 tahun itu. Walau betapa tabah dan gagahnya seorang lelaki yang bergelar ayah, tetapi bila anak yang dikasihi diperlakukan sebegitu, berderai juga air mata yang selama ini cuba dibendung. Aku yang juga seorang ibu, memang tidak dapat menahan air mata saat melihat pengebumian arwah Nurin Jazlin. Sedangkan imam yang membacakan talkin pun turut menangis apatah lagi aku seorang wanita dan seorang ibu. Aku yakin seluruh rakyat Malaysia pun menangis tak kira bangsa atau agama.
Aku tak dapat membayangkan manusia jenis apakah yang sanggup memperlakukan seorang kanak-kanak dgn begitu kejam sekali. Aku rasa kalau tertangkapnya pembunuh tersebut mahunya kene belasah oleh orang ramai kalau diberi peluang ataupun kene baling batu. Bila jadi kes2 cam ni aku jadi fobia nak bg sedara-mara aku bawa anak aku jalan2. Bukan tak percaya tapi ye lar kene beringat jugak.
Berakhirlah sudah episod yang memilukan. Mulai saat ini aku harap ibu bapa akan lebih prihatin dgn anak2 mereka. Masyarakat juga diharap dapat memainkan peranan masing2 kerana mungkin dgn sedikit maklumat dapat membantu mereka yang memerlukan. Juga aku mengucapkan tahziah kepada keluarga arwah Nurin Jazlin dan aku doakan supaya mereka tabah menghadapi segala dugaan ini. Aku harap pihak polis juga tidak mendakwa mereka atas kesalahan cuai. Cukuplah dgn apa yang sudah mereka lalui selama ini. Tak payahlah nak bebankan lagi perasaan mereka. Lagipun mereka tak minta pun semua ini berlaku dan tidak ada ibu bapa yang mahu sesuatu terjadi kepada anak2 mereka.
Al-Fatihah buat arwah adik Nurin Jazlin Jazimin,
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di antara orang-orang
yang beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment