Tengah belek2 dan tengok gambar2 dlm hp aku, aku terjumpa gambar ni. Masa ni aku dan suami bawa anak aku jalan2 kat shopping complex. Saje je bawa dia masuk kat tempat permainan untuk kanak2 dan suh dia main permainan yang bile masukkan token permainan tu bergerak dan ada lagu. Ada macam2 bentuk, kami pilih yang bentuk helikopter. Nak dijadikan cite bile dia duduk dan helikopter tu mula berpusing, anak aku dah panik. Menjerit2 nak turun... hahahahaha gayat rupanya anak aku nih. Mula2 kami biarkan je lar ingatkan lama2 dia akan ok, tapi tak jugak. Oleh kerana sian kat dia kami pun amik dia kuar.
Aku ingatkan dia takde lar gayat cam tuh. Mungkin sebab anak aku dah tak tidur dalam buaian jadi dia dah lupa la kot ape rasanya bila berbuai. Macam2 anak aku tuh. Tengok lar kat sini gambar anak aku tengah gayat.
1 comment:
huh muka jek ganas xingat tp pengayat rupenye... such a friendly lil girl..org yg sokmo tak jumpa ni pun dia layan..haha... credit to her mum... akak la tu!
Post a Comment