Thursday, September 27, 2007

Baju Raya, CD dan DVD

Haha ari tu aku, suami dan anak kuar g shopping baju raya anak dara aku. Aku target takde lar ramai sgt orang awal2 nih tapi sangkaan aku meleset jauh. Punya lar ramai orang kat department kanak2. Aku dah pening dah tapi disebabkan dah sampai so cari je lar kan. Dapatlar sepasang jeans ngan baju pas tu sepasang lagi gaun. Ingatkan nak cari lagi tapi bila memandangkan kat kaunter bayaran dah panjang orang beratur aku pun membatalkan niat aku utk menambah koleksi baju raya anak aku dan bayar je yang dah aku dapat tu. Pulak tu tengah2 beratur ada juga manusia yang tak reti bahasa. Ingat dia sorang je nak cepat orang lain taknak cepat agaknya. Sedap2 je bile tengok aku dah nak sampai kaunter siap cakap 'bagi saya dulu ya'. Ewah! Aku ni dah lenguh kaki beratur dia senang2 je nak potong que. Aku pun buat dekkk je, taknak bagi peluang.

Lepas beli baju anak kami g kat kedai vcd yang kami selalu pegi. Kira2nya kami dah pelanggan tetap kat situ hehe. Aku nak beli album Kerispatih yang aku booking. Sebenarnya minggu lepas aku dah datang tapi cd dah habis, kaset adalah tapi aku taknak. So, aku pun booking. Tengah belek2 cd Kerispatih tuh ternampak lak cd Sean Kingston. Ok gak lagu2 dia. Beli lar dua2. Suami aku lak beli dvd. Ntah bile lar nak tengok. Dvd yang lepas2 aku beli pun tak sempat tengok lagi.

Sekarang ni tengah layan cd Kerispatih dan Sean Kingston tu. Aku copy ke pc kat ofis aku so setiap masa lar bole dengar. Nanti2 lar aku komen ek.

Tuesday, September 25, 2007

Album Baru Anuar Zain


Dah seminggu lebih aku dengar cd terbaru Anuar Zain. Ntah kenapa kali ni lagu2nya lambat skit nak 'mesra telinga'. Ape yang tak kene ek? Vokalnya memang superb. Lagu2nya kot. Aku rasa lagu2 Anuar Zain kali ni melodinya slow skit. Oklah ni pendapat aku tentang lagu2nya dari sudut seorang peminat dan pendengar.

I'm The Lucky One

Mula2 aku dengar lagu ni, alamak! Lambatnya dari satu rangkap ke satu rangkap. Bila dah banyak2 kali dengar baru la dapat feel. Aku suka lagu ni. Romantik sangat. "Meski bercinta, kadang tak indah, tapi tuk buktikan kau yang terindah, dan ku pastikan i'm the lucky one, nikmati cinta, lebih dari segalanya".

Ketulusan Hati

Lagu ni ok lar tapi aku tak berapa suka sangat. So, taknak komen.

Tinggalkan Aku

Inipun antara favourite aku. Nice jer dengar.

Kau Bunga Cintaku

1 daripada 2 lagu rancak dalam cd ni. Bila dengar lagu ni cam nak menari jer tapi aku lebih suka yang satu lagi. Tang korus tu sekali dengar cam lagu yang dinyanyikan oleh Bunga Citra Lestari yang tengah popular di Hotfm.

Tak Lelah

Lagu ni aku suka tang korus jer, hehe bole ker.

Lelaki Ini

Lagu ni menduduki carta teratas favourite aku dlm cd ni. Rasa dibuai-buai je bile dengar. Bayangkan Anuar Zain nyanyi lagu ni di hadapan kita khas utk kita.... wahhhh...

Hanya Milikmu

Lagu ni biase je pada aku. Melodi yang biasa.

Bidadari

Lagu ni pun biase je.

Jangan Pernah Lagi

Ha! Lagu ni yg aku suka daripada yg atas tadi. Bila dengar je mesti kepala automatik bergoyang sama.

Teman Terulung

Lirik lagu ni memang best tapi slow sangat la. Aku jd letih nak dengar sampai abis tapi bila dengar banyak2 kali best gak.

Oklah kesimpulannya aku rasa album Anuar Zain sebelum ni lagi best tapi ye lar setiap orang ada citarasa masing2. Aku as peminatnya sentiasa menyokong. Walaupun ada juga tak puas ati dgn albumnya kali ni tapi berbaloi membelinya kerana kualiti yang diberikan dan aku rasa Anuar Zain tak akan mengecewakan peminat2nya.

Monday, September 24, 2007

Relakan Pemergiannya

Di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini kita dikejutkan dgn satu peristiwa yang menyayat hati. Peristiwa yang berlanjutan selama sebulan dan diakhiri dgn amat tragis sekali. Bermula dgn kisah kehilangan seorang kanak-kanak Nurin Jazlin Jazimin yang pergi ke pasar malam seorang diri dan kemudiannya tidak kembali ke rumah. Setelah menyedari kehilangannya ibu bapanya terus mengambil tindakan mencarinya. Setelah membuat laporan polis ibu bapanya masih tidak duduk diam dan terus mencari dgn dibantu oleh insan2 yang prihatin. Mereka mengharapkan tindakan itu akan berhasil sepertimana kes kehilangan "Yin" tidak lama dahulu. Namun mereka tidak menyangka yg walaupun gerakan mencari secara besar-besaran itu berhasil dan Nurin Jazlin dikembalikan tetapi tidaklah seperti mereka harapkan. Ibu bapanya mengharapkan yang anak mereka akan kembali sepertimana sebelum dia hilang dahulu tetapi sebaliknya yang berlaku. Yang kembali adalah sekujur tubuh yang kaku dan begitu uzur sekali sehingga mereka pada mulanya tidak dapat mengecam bahawa itulah Nurin Jazlin yang dicari dan dirindui. Bayangkanlah betapa sedih, pedih, peritnya utk menerima hakikat yang keputusan DNA mengesahkan bahawa sekujur tubuh yang kaku itulah anak yang dicari2 selama ini, yang dirindui, ditangisi kehilangannya. Hancur luluh hati seorang ibu, remuk lumat hati seorang ayah melihatkan tubuh anak yang selama ini dijaga, ditatang bagai minyak yang penuh diperlakukan spt haiwan oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan.



Apalah daya ibu bapanya, terasa gugur jantung mengenangkan penyeksaan yang dilalui oleh si anak yang baru berusia 9 tahun itu. Walau betapa tabah dan gagahnya seorang lelaki yang bergelar ayah, tetapi bila anak yang dikasihi diperlakukan sebegitu, berderai juga air mata yang selama ini cuba dibendung. Aku yang juga seorang ibu, memang tidak dapat menahan air mata saat melihat pengebumian arwah Nurin Jazlin. Sedangkan imam yang membacakan talkin pun turut menangis apatah lagi aku seorang wanita dan seorang ibu. Aku yakin seluruh rakyat Malaysia pun menangis tak kira bangsa atau agama.



Aku tak dapat membayangkan manusia jenis apakah yang sanggup memperlakukan seorang kanak-kanak dgn begitu kejam sekali. Aku rasa kalau tertangkapnya pembunuh tersebut mahunya kene belasah oleh orang ramai kalau diberi peluang ataupun kene baling batu. Bila jadi kes2 cam ni aku jadi fobia nak bg sedara-mara aku bawa anak aku jalan2. Bukan tak percaya tapi ye lar kene beringat jugak.



Berakhirlah sudah episod yang memilukan. Mulai saat ini aku harap ibu bapa akan lebih prihatin dgn anak2 mereka. Masyarakat juga diharap dapat memainkan peranan masing2 kerana mungkin dgn sedikit maklumat dapat membantu mereka yang memerlukan. Juga aku mengucapkan tahziah kepada keluarga arwah Nurin Jazlin dan aku doakan supaya mereka tabah menghadapi segala dugaan ini. Aku harap pihak polis juga tidak mendakwa mereka atas kesalahan cuai. Cukuplah dgn apa yang sudah mereka lalui selama ini. Tak payahlah nak bebankan lagi perasaan mereka. Lagipun mereka tak minta pun semua ini berlaku dan tidak ada ibu bapa yang mahu sesuatu terjadi kepada anak2 mereka.






Al-Fatihah buat arwah adik Nurin Jazlin Jazimin,

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di antara orang-orang

yang beriman. Amin.

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Pejam celik pejam celik kita dah sampai di bulan Ramadan yang mulia. Pengisytiharan Puasa malam semalam telah menetapkan tarikh permulaan puasa pada hari Khamis, 13 September 2007 bersamaan dengan 1 Ramadan 1428.

Bulan Ramadan taun ni aku sambut dengan penuh kesyukuran. Bersyukur kerana masih diberi peluang utk aku menjalani ibadah puasa. Taun ni juga aku berharap dapat menunaikan semayang tarawikh dengan sepenuhnya kecualilah aku dilanda masalah wanita hehe. Puasa kali ni juga pertama kali aku menyambutnya tanpa wan@mak yang aku sayangi. Juga pertama kali berpuasa di rumah sendiri. Teruja jugaklar aku coz macam2 dah plan dlm kepala nak masak ape utk juadah berbuka.

Aku juga berharap utk tdk membazir semasa berbuka. Cuba menahan diri daripada membeli bermacam2 juadah berbuka yg akhirnya bila tak abis akan masuk ke tong sampah. Bila mengenangkan itu semua betapa pada taun2 sebelum ini aku telah banyak membuang rezeki yang sepatutnya bole menjadi rezeki orang yang lebih memerlukan.

Utk permulaan aku akan bersahur dan berbuka di rumah mertua aku. Seronok juga ramai2 dan insya-Allah seterusnya di rumah aku sendiri. Kepada semua rakan2 blog aku ucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menunaikan ibadah tarawikh.

Tuesday, September 11, 2007

Al-Fatihah...

Aku baru bekerja semula ari ni setelah bercuti dari ari Khamis minggu lepas. Bercuti secara mengejut kerana aku baru je kehilangan insan yang amat aku sayangi. Ari Khamis, 6hb selepas zohor wan@mak sebelah mak aku telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Dia meninggal dunia kerana sakit tua. Wan atau sebenarnya aku panggil mak (sebab dari kecil aku duk dgn beliau) meninggalkan aku tanpa aku sempat mengadapnya utk kali terakhir. Sejak dari awal tahun ni aku dah tak tinggal dgn dia kerana aku dan suami memutuskan utk tinggal di rumah sendiri. Walau bagaimanapun dia masih ada anak lelakinya dan mak aku yg duk berdekatan rumahnya.

Aku tak berniat pun utk tidak tinggal bersamanya selepas aku berkahwin tapi aku memikirkan yg kata2 suamiku ada juga benarnya. Selama ini aku yg menjaganya apa salahnya aku kembalikan tanggungjawab itu pada anak lelakinya. Bukan aku dah tak sanggup dan bukan juga kerana suami aku tak benarkan aku menjaganya tetapi utk menyedarkan anak lelakinya dan isterinya akan tanggungjawab yang mereka lepaskan kpd aku sewenang2nya. Kalau diikutkan, jika aku tak bekerja dan ada kemampuan utk menggaji maid sudah tentu aku bawa dia bersama.

Kalau dikira aku memang terkilan, menyesal kerana tak bersamanya menghadapi saat2 sakaratulmaut tapi itulah dah ketentuanNya. Aku bersyukur dia pergi di hari yang mulia pada hari Khamis menjelang Jumaat, beberapa hari lagi kita menyambut bulan Ramadan. Saat aku mencium dahinya utk kali terakhir sebelum mukanya ditutup kain kapan, terasa ketenangan wajahnya. Sesungguhnya aku redha dengan kepergiannya. Dia pergi dgn tenang dan tidak menimbulkan kesusahan kepada kami yang tinggal.

"Mak, segala pengorbanan dan kasih sayang mak selama membesarkan ina akan tetap ina kenang. Ina doakan semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin".

Tuesday, September 4, 2007

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Malam sebelum 31 Ogos 2007 aku, suami dan anak aku pegi lar jalan2 nak tengok suasana malam merdeka. Teringin pulak rasanya nak tengok bunga api. Sementara nak tengok bunga api kami jalan2 dulu pusing bandar.

Satu cara kreatif untuk menggambarkan bendera Malaysia



Lampu jurai2 (aku yg bg nama), digayut pada pokok

Lepas jalan2 kami pun pegi lar kat padang tempat berlangsungnya majlis sempena ambang merdeka. Kami tak masuk lar kat padang tu tapi kami parking kat tempat yang bole kami tengok bunga api lebih dekat. Masa tu jam dah 11.30 malam. Memang dah ramai orang masa tu. Dengan mat2 rempit yang tengah merempit lar dan macam2 lagi. Parking memang full dah. Kami tunggu lar kat kereta nak tunggu detik 12 tengah malam. Habis je laungan merdeka terus dipancarkan bunga api. Memang strategik lar tempat kami parking tu sebab bunga api betul2 kat atas kami. Mula2 anak aku bukan main seronok lagi tengok tapi lama2 dia macam takut. Mungkin agaknya bunyi yang kuat. Kat bawah ni beberapa gambar yang sempat aku amik.



Masa nak balik aku terperasan lar satu building nih. Nama tempat membeli-belah ni tak lengkap coz ada 2 huruf takde lampu. Hasilnya jadi lar perkataan ni.

Cuba teka apa nama tempat ni...

My Best Friend's Wedding

1.9.2007 yang lalu adalah hari yang bertuah buat member baik aku. Hari tersebut adalah hari dia disandingkan dengan soulmatenya. Member aku ni adalah salah seorang member baik aku semasa aku belajar di uitm dulu. Kami satu group ada 12 orang. Memang close giler kami ni masa tu. Ye lar selama 3 tahun kami bersama. Susah dan senang bersama. Bile masing2 dah grade dan dah ade kerjaya sendiri dah jaranglar jumpe tapi masih lagi berhubung. So, sekarang ni tinggal 3 orang je tak kawin lagi dalam group tuh.




Kebetulan masa tarikh tu aku takde hal ape dan rumahnya pun kat Jerantut, Pahang, kira2 2 jam perjalanan dari rumah aku jadi aku pegilar. Memang dah lama tak jumpe dia. Masa dalam perjalanan tu asik memikir je macam mane lar rupanya sekarang, makin tembam ke makin kurus ke.



Apa yang menyakitkan hati aku kamera aku buat hal masa nak amik gambar pengantin. Bengang je rasanya. Ini saje lar hasil yang terbaik lar dapat aku amik. Selamat pengantin baru buat Nor Ezadatul Fazlina dan pasangannya Ali Shaifuddin.

Her favourite colour... purple

Bertemu Dan Berpisah...

Pada 29.8.2007 yang lepas, company aku ada buat satu majlis perpisahan untuk seorang pegawai aku yang bertukar. Pegawai ni memang kami amat hormati kerana kewibawaannya. Walaupun dia tegas tapi dia teramatlar sporting. Kiranya dia bole dibawa berbincang, memahami keadaan staf bawahan dan seorang yang bole dijadikan contoh.

Memang terasa betullah ketiadaan dia sekarang ni. Walaupun tempat dia bertugas sekarang tak lah jauh dari company aku tapi tak selalu bole jumpa. Walau apa pun selamat bertugas di tempat baru dan janganlah lupakan kami semua di sini.

Memberikan kata-kata terakhir...

Upacara pemberian cenderahati

Anakku Gayat!!!

Ahhhh... lama sungguh rasanya tak menulis dalam blog aku nih. Sibuk betul aku nih sampai aku tak ingat ape bende yang buat aku sibuk sangat.

Tengah belek2 dan tengok gambar2 dlm hp aku, aku terjumpa gambar ni. Masa ni aku dan suami bawa anak aku jalan2 kat shopping complex. Saje je bawa dia masuk kat tempat permainan untuk kanak2 dan suh dia main permainan yang bile masukkan token permainan tu bergerak dan ada lagu. Ada macam2 bentuk, kami pilih yang bentuk helikopter. Nak dijadikan cite bile dia duduk dan helikopter tu mula berpusing, anak aku dah panik. Menjerit2 nak turun... hahahahaha gayat rupanya anak aku nih. Mula2 kami biarkan je lar ingatkan lama2 dia akan ok, tapi tak jugak. Oleh kerana sian kat dia kami pun amik dia kuar.


Aku ingatkan dia takde lar gayat cam tuh. Mungkin sebab anak aku dah tak tidur dalam buaian jadi dia dah lupa la kot ape rasanya bila berbuai. Macam2 anak aku tuh. Tengok lar kat sini gambar anak aku tengah gayat.


Share |