Monday, July 16, 2007

Tak Tercapai Akalmu!!!

Dalam Harian Metro Edisi Timur, Sabtu, 14 Julai 2007, aku telah membaca satu artikel yang begitu menyentuh hati. Berderai2 air mata aku kuar, tak boleh nak tahan2 dah. Artikel berkenaan satu kes penderaan oleh ibu kandung yang membawa kepada kematian anak kecil berusia 3 tahun. Ibu tersebut telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, 8 tahun 3 bulan penjara. Heading artikel tersebut 'Soalan Tanpa Jawapan' membawa persoalan bagaimana seorang ibu kandung tergamak mendera anak kandungnya dengan begitu kejam sekali. Aku sampai saat ni pun masih berfikir bagaimana, apa puncanya, mengapa dan apa yang mendorong perlakuan ibu tersebut. Takkan ibu tersebut tak kasihan, tak tersentuh hati melihat muka anaknya semasa dia mendera anaknya. Pada pendapat aku inilah maknanya bila emosi menguasai akal. Akal sudah tertutup terus oleh emosi untuk berfikir yang positif dan negatif, yang baik dan yang buruk sehingga tanpa disedari emosi telah mengarahkan apa yang perlu dibuat. Aku sendiri pun tak terfikir apa sebabnya. Bila aku pandang wajah anakku rasanya tak tergamak langsung nak menyakiti apa lagi nak menendang dan membaling ke dinding sepertimana yang dilakukan oleh ibu itu.



Anakku itulah penawar segala2nya. Penat balik dari kerja terubat bila memandang wajahnya. Walau berat sekalipun masalah yang melanda, dengan melayan kerenahnya usai segalanya. Akberdoa agar aku tidak akan menjadi seperti ibu tersebut.

Kakak... mama takkan sekali-kali menyakiti kakak

Kakak adalah segala2nya bagi mama dan ayah
Note: Anak-anak adalah anugerah Allah S.W.T. yang tak ternilai. Setiap seorang anak telah ditetapkan rezekinya oleh Allah S.W.T. Anak yang baru lahir ibarat kain putih, ibu bapalah yang berperanan untuk mencorakkannya

No comments:

Share |