Wednesday, July 11, 2007

Tak Makan Nasi Ke!!!

Aku tergelak sorang2 bile baca tagline kat harian metro ari ni di ms belakang sekali. Tagline yg diamik dari iklan kfc tuh menggambarkan betapa lemahnye pasukan Malaysia bile kita kalah 5-1 dengan pasukan Cina. Tak taular apa lagi alasan yang diberi oleh jurulatih dan pemain. Ada yang kata rakyat Malaysia taknak menyokong tapi tengok lar camner kita nak sokong kalo pemain menunjukkan permainan yang membosankan. Tiap2 kali bile pasukan Malaysia bermain, setiap kali kekalahan lar yang dihasilkan. Rasa2 nya penyokong dah letih untuk ke stadium sekadar menyaksikan orang lain yang bersorak. Nanti kata pulak rakyat Malaysia tak patriotik tapi takkan sekadar nak jadi orang yang sentiasa di bawah. Kita kenalah sentiasa ke hadapan. Malaysia taun ni dah 50 taun merdeka. Tapi rasa2 nya pasukan bola sepak negara masih belum sepenuhnye merdeka. Masih suka dijajah barangkali. Masih suka ditindas, dibelasah, dikalahkan dan dimalukan.
Aku ni bukanlar peminat setia bolasepak tapi masih lagi lar mengikuti perkembangan. Aku dulu masa taun2 90an, masa tuh sekolah menengah lagi memang peminat setia pasukan pahang. Masa zaman Mubin Mokhtar( kat mana yer dia sekarang). Lepas negara kita kecoh dengan gejala rasuah dalam pasukan bola sepak, pas tu terus kurang minat. Pas tu tak tau dah apa perkembangannya. Pemain2 yang baru muncul pun dah tak tau.
Ape2 pun aku harap pasukan Malaysia tidak akan berputus asa. Jangan jadikan kekalahan dengan Cina adalah titik noktah dalam Piala Asia nih. Aku harap pasukan Malaysia akan melakar kejayaan dalam perlawanan seterusnya.

No comments: