Tuesday, July 24, 2007

Pasar Malam

Nak kongsi info skit. Rasa2 nya di setiap negeri ada pasar malam. Cuma ada yang panggil pasar sari, pasar minggu, pekan sari dan macam2 lagi tapi kat tempat aku di Kuantan ni panggil pasar malam lar. Kat sini aku senaraikan lokasi2 pasar malam yang aku tau di Kuantan ni. Kat daerah lain tak lar banyak aku tau. Aku rasa semua orang memang suka pegi pasar malam nih. Bukan hanya jual makanan tapi macam2 lagi yang bole kita dapat dengan harga murah.

ISNIN - 1) Taman LKNP, Bukit Setongkol
2) Jaya Gading

SELASA - 1) Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing
2) Taman Tas

RABU - 1) Cenderawasih
2) Batu 11, Jalan Gambang ( aku tak penah pegi lagi, baru tau)

KHAMIS - 1) Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan
2) Batu 16, Dekat simpang ke Segamat dan LPT

JUMAAT - 1) Indera Mahkota 1, Bandar Indera Mahkota

SABTU - 1) Jalan Gambut, di tengah2 bandar Kuantan
2) Taman Bukit Rangin By Pass, Permatang Badak
3) Sungai Isap
4) Balok

AHAD - 1) Taman Gelora
2) Simpang ke Bukit Goh, Jalan Sungai Lembing
3) Taman Seri Mahkota, Batu 12, Jalan Gambang

Di daerah Temerloh yang famous setiap pagi Ahad ada pasar minggu. Pasar dari pagi sampai tengah hari. Selalunya kalau pegi ke Temerloh aku memang tak lepaskan peluang pegi pasar ni. Memang besar lar jugak. Macam2 yang boleh kita dapatkan kat pasar ni. Masa aku belajar kat Uitm Jengka, setiap petang Sabtu ada pasar malam kat bandar Jengka. Masa tu memang best lar coz bayangkan lar masa tu bandar Jengka tuh pekan kecil je. Nak cari makan2 yang sedap skit masa hari pasar malam tu lar. Nak beli baju bundle pun masa tu. Ye lar student kan, pakai baju bundle jer, kene berjimat. Sampai sekarang ni teringat2 lagi pasar malam kat bandar Jengka. Lama tak pegi. Tempat kenangan lar katakan. Masa tu lar kenal nasi kerabu, coconut shake, rangka ayam jurassic dan macam2 lagi. Alamak rindu lar pulak kat pasar malam tuh. Walau bagaimanapun, senarai kat atas tertakluk pada pindaan lar. Okeh lar, selamat ke pasar malam!!!

No comments: