Lupa nak cite trip aku ke salah sebuah pusat peranginan tinggi di negeri Pahang, Cameron Highlands. Trip ni dah lama dah, dalam bulan 8 taun lepas aku gi. Aku gi dgn family aku, mak & ayah mertua aku, kakak ipar aku dgn 2 org anak dia & mak sedara suami aku. Aku memang dah lama teringin nak gi sana tapi tak kesampaian. Kebetulan kakak ipar aku lar offer join dia coz company dia ade apartment kat sana so, penginapan dah free kat situ. Aku apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang lar... Cuma kuar duit untuk perjalanan, makan & shopping2.
Kitorang bertolak dari Kuantan dengan dua buah kereta kira2 pukul 8 pagi. Oleh kerana malas nak masuk Gombak, kitorang ikut short cut kat Batang Kali. Ya Allah, nak naik ke Cameron tu, jalannya memang lar bengkang-bengkok. Aku memang mabuk lar masa tu. Sepanjang perjalanan naik & turun aku baring jer. Memang tak larat lar. Bile dah dekat sampai baru berani bangun. Nasib baik tak berpanjangan mabuk aku kalau tidak mesti tak boleh nak jalan2. Sampai kat Cameron lebih kurang kul 4 petang. Masa sampai ujan tengah renyai2 jadi sejuk lar skit.
Kat Ladang Teh Boh
Kitorang duk kat Cameron selama 4 hari 3 malam. Memang puas ati lar. Itu pun tak sumer tempat pegi. Cume pegi yang penting2 jer macam ladang teh boh & kebun strawberry (nak merasa petik buah strawberry). Lain2 tuh jalan gitu2 jer lar. Aku banyak beli sayur dan bunga. Yang lain2 pun sama gak. Tengok bunga memang giler jap.
sumer ade kat dalam gambo ni kecuali suami aku
Petang hari keempat kitorang bertolak turun dari Cameron coz nak singgah umah tok belah suami kat Raub. Semalaman di Raub, pagi Jumaat bertolak balik ke Kuantan.
No comments:
Post a Comment