Tuesday, July 24, 2007

Pasar Malam

Nak kongsi info skit. Rasa2 nya di setiap negeri ada pasar malam. Cuma ada yang panggil pasar sari, pasar minggu, pekan sari dan macam2 lagi tapi kat tempat aku di Kuantan ni panggil pasar malam lar. Kat sini aku senaraikan lokasi2 pasar malam yang aku tau di Kuantan ni. Kat daerah lain tak lar banyak aku tau. Aku rasa semua orang memang suka pegi pasar malam nih. Bukan hanya jual makanan tapi macam2 lagi yang bole kita dapat dengan harga murah.

ISNIN - 1) Taman LKNP, Bukit Setongkol
2) Jaya Gading

SELASA - 1) Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing
2) Taman Tas

RABU - 1) Cenderawasih
2) Batu 11, Jalan Gambang ( aku tak penah pegi lagi, baru tau)

KHAMIS - 1) Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan
2) Batu 16, Dekat simpang ke Segamat dan LPT

JUMAAT - 1) Indera Mahkota 1, Bandar Indera Mahkota

SABTU - 1) Jalan Gambut, di tengah2 bandar Kuantan
2) Taman Bukit Rangin By Pass, Permatang Badak
3) Sungai Isap
4) Balok

AHAD - 1) Taman Gelora
2) Simpang ke Bukit Goh, Jalan Sungai Lembing
3) Taman Seri Mahkota, Batu 12, Jalan Gambang

Di daerah Temerloh yang famous setiap pagi Ahad ada pasar minggu. Pasar dari pagi sampai tengah hari. Selalunya kalau pegi ke Temerloh aku memang tak lepaskan peluang pegi pasar ni. Memang besar lar jugak. Macam2 yang boleh kita dapatkan kat pasar ni. Masa aku belajar kat Uitm Jengka, setiap petang Sabtu ada pasar malam kat bandar Jengka. Masa tu memang best lar coz bayangkan lar masa tu bandar Jengka tuh pekan kecil je. Nak cari makan2 yang sedap skit masa hari pasar malam tu lar. Nak beli baju bundle pun masa tu. Ye lar student kan, pakai baju bundle jer, kene berjimat. Sampai sekarang ni teringat2 lagi pasar malam kat bandar Jengka. Lama tak pegi. Tempat kenangan lar katakan. Masa tu lar kenal nasi kerabu, coconut shake, rangka ayam jurassic dan macam2 lagi. Alamak rindu lar pulak kat pasar malam tuh. Walau bagaimanapun, senarai kat atas tertakluk pada pindaan lar. Okeh lar, selamat ke pasar malam!!!

Cameron Highlands

Lupa nak cite trip aku ke salah sebuah pusat peranginan tinggi di negeri Pahang, Cameron Highlands. Trip ni dah lama dah, dalam bulan 8 taun lepas aku gi. Aku gi dgn family aku, mak & ayah mertua aku, kakak ipar aku dgn 2 org anak dia & mak sedara suami aku. Aku memang dah lama teringin nak gi sana tapi tak kesampaian. Kebetulan kakak ipar aku lar offer join dia coz company dia ade apartment kat sana so, penginapan dah free kat situ. Aku apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang lar... Cuma kuar duit untuk perjalanan, makan & shopping2.

Kitorang bertolak dari Kuantan dengan dua buah kereta kira2 pukul 8 pagi. Oleh kerana malas nak masuk Gombak, kitorang ikut short cut kat Batang Kali. Ya Allah, nak naik ke Cameron tu, jalannya memang lar bengkang-bengkok. Aku memang mabuk lar masa tu. Sepanjang perjalanan naik & turun aku baring jer. Memang tak larat lar. Bile dah dekat sampai baru berani bangun. Nasib baik tak berpanjangan mabuk aku kalau tidak mesti tak boleh nak jalan2. Sampai kat Cameron lebih kurang kul 4 petang. Masa sampai ujan tengah renyai2 jadi sejuk lar skit.


Kat Ladang Teh Boh


Kitorang duk kat Cameron selama 4 hari 3 malam. Memang puas ati lar. Itu pun tak sumer tempat pegi. Cume pegi yang penting2 jer macam ladang teh boh & kebun strawberry (nak merasa petik buah strawberry). Lain2 tuh jalan gitu2 jer lar. Aku banyak beli sayur dan bunga. Yang lain2 pun sama gak. Tengok bunga memang giler jap.


Mertua, mak sedara & anak sedara suami

sumer ade kat dalam gambo ni kecuali suami aku

Posing berlatar belakangkan ladang teh

Petang hari keempat kitorang bertolak turun dari Cameron coz nak singgah umah tok belah suami kat Raub. Semalaman di Raub, pagi Jumaat bertolak balik ke Kuantan.

Monday, July 16, 2007

Tak Tercapai Akalmu!!!

Dalam Harian Metro Edisi Timur, Sabtu, 14 Julai 2007, aku telah membaca satu artikel yang begitu menyentuh hati. Berderai2 air mata aku kuar, tak boleh nak tahan2 dah. Artikel berkenaan satu kes penderaan oleh ibu kandung yang membawa kepada kematian anak kecil berusia 3 tahun. Ibu tersebut telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, 8 tahun 3 bulan penjara. Heading artikel tersebut 'Soalan Tanpa Jawapan' membawa persoalan bagaimana seorang ibu kandung tergamak mendera anak kandungnya dengan begitu kejam sekali. Aku sampai saat ni pun masih berfikir bagaimana, apa puncanya, mengapa dan apa yang mendorong perlakuan ibu tersebut. Takkan ibu tersebut tak kasihan, tak tersentuh hati melihat muka anaknya semasa dia mendera anaknya. Pada pendapat aku inilah maknanya bila emosi menguasai akal. Akal sudah tertutup terus oleh emosi untuk berfikir yang positif dan negatif, yang baik dan yang buruk sehingga tanpa disedari emosi telah mengarahkan apa yang perlu dibuat. Aku sendiri pun tak terfikir apa sebabnya. Bila aku pandang wajah anakku rasanya tak tergamak langsung nak menyakiti apa lagi nak menendang dan membaling ke dinding sepertimana yang dilakukan oleh ibu itu.



Anakku itulah penawar segala2nya. Penat balik dari kerja terubat bila memandang wajahnya. Walau berat sekalipun masalah yang melanda, dengan melayan kerenahnya usai segalanya. Akberdoa agar aku tidak akan menjadi seperti ibu tersebut.

Kakak... mama takkan sekali-kali menyakiti kakak

Kakak adalah segala2nya bagi mama dan ayah
Note: Anak-anak adalah anugerah Allah S.W.T. yang tak ternilai. Setiap seorang anak telah ditetapkan rezekinya oleh Allah S.W.T. Anak yang baru lahir ibarat kain putih, ibu bapalah yang berperanan untuk mencorakkannya

Wednesday, July 11, 2007

Tak Makan Nasi Ke!!!

Aku tergelak sorang2 bile baca tagline kat harian metro ari ni di ms belakang sekali. Tagline yg diamik dari iklan kfc tuh menggambarkan betapa lemahnye pasukan Malaysia bile kita kalah 5-1 dengan pasukan Cina. Tak taular apa lagi alasan yang diberi oleh jurulatih dan pemain. Ada yang kata rakyat Malaysia taknak menyokong tapi tengok lar camner kita nak sokong kalo pemain menunjukkan permainan yang membosankan. Tiap2 kali bile pasukan Malaysia bermain, setiap kali kekalahan lar yang dihasilkan. Rasa2 nya penyokong dah letih untuk ke stadium sekadar menyaksikan orang lain yang bersorak. Nanti kata pulak rakyat Malaysia tak patriotik tapi takkan sekadar nak jadi orang yang sentiasa di bawah. Kita kenalah sentiasa ke hadapan. Malaysia taun ni dah 50 taun merdeka. Tapi rasa2 nya pasukan bola sepak negara masih belum sepenuhnye merdeka. Masih suka dijajah barangkali. Masih suka ditindas, dibelasah, dikalahkan dan dimalukan.
Aku ni bukanlar peminat setia bolasepak tapi masih lagi lar mengikuti perkembangan. Aku dulu masa taun2 90an, masa tuh sekolah menengah lagi memang peminat setia pasukan pahang. Masa zaman Mubin Mokhtar( kat mana yer dia sekarang). Lepas negara kita kecoh dengan gejala rasuah dalam pasukan bola sepak, pas tu terus kurang minat. Pas tu tak tau dah apa perkembangannya. Pemain2 yang baru muncul pun dah tak tau.
Ape2 pun aku harap pasukan Malaysia tidak akan berputus asa. Jangan jadikan kekalahan dengan Cina adalah titik noktah dalam Piala Asia nih. Aku harap pasukan Malaysia akan melakar kejayaan dalam perlawanan seterusnya.

Tuesday, July 10, 2007

Hijaukan Bumi

Cuti ujung minggu ari tuh suami plan nak bertukang, buat pangkin tempat letak pasu bunga kat beranda umah. Aku ade cakap nak tanam bende2 asas nih cam daun kunyit, daun kesum, cili dan macam2 lagi lar. So, suami pun menyatakan kesanggupannya nak buat pangkin tuh. Dia pun beli lar kayu dan bende yang perlu. Aku bior je lar taknak masuk campur coz dia dah sanggup kan hehee... jahat ek aku nih. Mula2 buat dia kata paku yang dia beli beso sangat sampai pecah kayu tuh. Dia pegi lar beli paku yang kecik skit. Pas tuh dia kata kayu tu lak kecik sangat. Dia pun keluar gi beli kayu yang beso skit. Aku pun tak tau design camne suami nak buat. Last2 selepas beberapa pindaan dan perubahan... ini lah rupanya pangkin tuh.



Cam tak kukuh je kan tengok. Eiii... ape lar aku nih. Patut bersyukur lar suami nak buat kan. Kalo dia buat dekkk jer lagi lar sakit ati kan. Ape2 pun tima kasih ek abang.

Petang semalam masa gi amik anak kat umah mak mentua, kami pun mintak izin nak amik pokok cili ngan daun kunyit dia. Emm... bagus anak menantu ni ek. Orang penat2 tanam dia pakai amik jer... ehhh... dah lama mintak nih tau. Diorang pun cakap amik jer. Sebab ade banyak pokok cili tuh. Pak mentua aku tuh rajin menyemai. Lgpun dah ade buah dah, so senang lar kan takyak nak tunggu lama2.

Pokok cili (buah banyak tp tak berape nampak)

Pokok daun kunyit (subur ek daunnyer)

Pas nih banyak lar keje nak buat kat beranda tuh. Banyak idea dalam kepala nih. Konon2 cam deko bersama eric lar nih. Bese lar duk umah bertingkat2 nih, berkongsi bumbung dan lantai ngan umah orang, tanah nak menanam nih takde lar. Kene lar menanam dalam pasu jer. Lagipun aku suka pokok2 nih. Sejuk jer mata memandang.
Okeh lain kali aku cite lagi pokok ape yang aku nak tanam lagi.

Friday, July 6, 2007

Hepi Besday To Me!!!

Emm... bertambah lagi umur aku 3 Julai ari tuh. Banje member2 opis aku breakfast. Suami aku lak mc ari tu, kene demam selsema. Aku pun bz gak. Bos baru so banyak lar kije skit. Bukannya sblm2 ni tak banyak tapi lagi banyak dari sblm2 nih. Balik dari kije suami aku ajak kuar, beli kek, heheh... suh aku pilih sendiri. Aku pilik kek blueberry. Sebenonye aku ni fanatik coklat tapi ye lar asik beli kek coklat jer, ubahlah skit taun ni kan. Lgpun bukan aku sorang yang makan.

Suami aku nak amik gambo tulisan atas kek tp tak nampak coz tenggelam ngan kaler kek tuh...
(hehe... selamat coz tak nampak la umur aku)


Sempoi jer belah kek kat dapo... umah mak mentua aku lak tuh

Pas belah2 kek berbagai... suami aku bawak lak aku gi makan. Berdua je... hehe itu yang aku suke suami aku nih. Bukan taknak bawak anak aku tp saje nak berdua2 an. Romantik skit. Kami makan kat satu restoran masakan thai, ni kali ke-3 kami makan kat situ. Tukang masaknye pun dah kenal kitorang. Masakannya bole tahan gak. Namanye Restoran Sawadee Dee.




Sambal belacan wajib ade



Tomyam santan... kecur air liur



Kailan ikan masin



Siakap masak stim ala southern thai


My hubby's peberet, ayam goreng pandan




Kerabu mangga

Memang kenyang giler la aku. Thanx to my hubby coz banje. Kasih sayangmu adalah hadiah yang paling tak ternilai. Pas makan pegi umah mak mentua aku amik anak dara aku n kitorang terus balik. Oleh kerana kekenyangan yang amat sangat, mata pun ngantuk lar cepat. Aku ngan suami pun kerah lar ngan anak aku tido walaupun die tak ngantuk lagi. Masih lagi nak main2. Aku memang tak larat dah, mata dah ngalahkan mata garfield, tinggal lar suami aku je layan anak aku. Tak tau lar kul bape dia tido.


Thursday, July 5, 2007

Kejohanan Boling


Pada 30 Jun yang lepas, aku ada menyertai kejohanan boling anjuran kelab kebajikan company aku. Unit aku anta 2 team, team A & B. Setiap team ade 4 orang, 2 lelaki n 2 perempuan. Aku dalam team B. Kesian team aku coz permainan aku tak menjadi langsung pada ari tu. Hadiah kategori pasukan sampai 15 jer. Kategori individu lelaki @ perempuan sampai 5 jer. Nasib baik team aku tak balik tangan kosong. Sangkutlar kat no. 7. Team A lak no. 8. Memang bernasib baik lar tapi kalo aku dapat banyak point mungkin team aku dapat no. 4 @ 5. Nak buat camne dah takde rezeki.

Ni lar gambo team unit aku. Muka2 puas ati coz dapat gak bawak balik hadiah. Utk gambo ni credit to upsm.

Pangkor, first but not last

Salam perkenalan... first time berblogging. So, dah macam2 cite dalam kepala ni nak dicurahkan, hehe. First2 skali nak cite pasal gi pangkor ni. Pegi ari tu dari 12 hingga 16 Jun yang lalu. Pegi ni atas tiket urus setia kursus yg company aku anjurkan. Kalo nak pegi sendiri tak tau bile bole sampai. Bertolak dari opis aku kira2 kul 8.15 pagi n sampai kat jeti lumut kul 3.30 ptg. Penat jugak lar duk dalam bas tapi seronok coz ramai2 kan. Perjalanan naik feri dari jeti ke pulau pangkor kira2 setengah jam. Tak sempat nak mabuk2 laut pun...



Muka-muka ceria tapi dalam ati tuhan jer yang tahu... sempat ke sampai pulau nih...


Hotel yang kitorang menginap tuh 3 star jer tapi ok lar.. banyak gak facilitiesnye. Pas tuh kursus nih kitorang amik dalam pakej. Jadi selain dari memerah otak berkursus, ade land tour, island hopping dan bese lar acara shopping2. Rasa2nye aku abih lar juga beratus2 beli souvenir. Pulau Pangkor ni tak sebesar Langkawi. Dalam sejam je dah abih round. Tempat2 yang menarik pun tak banyak. Cuma masa island hopping tuh kitorang teruja skit. Pemandu bot yang aku naik tu punye lar giler bawak bot mengalahkan pelumba formula one. Aku rasa cam nak tercampak ke laut jer.


Ape2 pun aku memang enjoy kat sana. Makan pun sedap, kemudahan pun banyak n yang penting skali layanan yang memang ngam soi lar.
Sebelum nak gi island hopping
Dalam bot...


Note: Kalo ade rezeki nak pegi lagi. Kali ni nak duk kat pangkor laut lak.





















Share |