Friday, December 7, 2007
Permata Hatiku
Kira-kira sebulan selepas aku dan Khairol dinikahkan, aku disahkan hamil. Aku rasa selepas kami balik dari bulan madu, perut aku dah ada isi. Orang tua-tua kata bunting pelamin. Sepanjang mengandungkan Qistina tiada masalah apa-apa cuma aku mengalami morning sickness sepanjang 3 bulan pertama dan juga aku tak boleh bau sebarang makanan contohnya bau nasi yang baru masak. Lepas 3 bulan aku dah ok, makan pun laju semacam je. Apa yang aku ngidam masa ngandung alhamdulillah semua aku dapat kecuali ada sekali tu aku nak makan nasi ayam tapi di kedai yang aku selalu makan nasi ayam masa sebelum kahwin dulu. Masa tu aku kerja di syarikat swasta bukan di tempat aku kerja sekarang ni. Cari punya cari kedai tu dah tak ada, tak tau sama ada dah pindah atau dah tutup. Dapat juga makan nasi ayam tapi nasi ayam lain la. Itu je yang kurang rasanya.
Aku dijadualkan bersalin pada 8 Mac 2006. Aku dan Khairol dah booking tempat aku nak bersalin di sebuah hospital swasta. Bukan taknak pergi hospital kerajaan tapi Khairol kiranya nak yang terbaik buat aku, aku ikut aje sebab dia yang nak bayar kan heheh. Lagipun Kak Ros isteri Abang Long Aziz dan Kak Lah pun bersalin kat situ.
So, sekarang aku nak cerita pulak detik-detik aku nak melahirkan Qistina. Pada 4 Mac 2007 hari Sabtu, aku pergi ke ofis sebab kan dah dekat dah due aku jadi aku pun mengemas meja aku dan siapkan kerja-kerja apa yang patut. Aku taknaklah staf yang ganti aku nanti tak tau apa nak buat dan kelam kabut bila aku cuti bersalin nanti. Masa nak keluar dari ofis aku pergi toilet sebab aku rasa semacam je. Aku cek ada darah keluar dah sikit. Doktor ada pesan tanda-tanda nak bersalin sama ada pecah air ketuban atau ada darah keluar. Aku tak ada lah pergi terus hospital sebab aku tak adalah rasa apa, sakit pun tak. Jadi, tengah hari tu aku boleh lagi pergi kenduri kahwin officemate Khairol dan juga kenduri kahwin kat rumah saudara abah mertua aku.
Balik dari kenduri tu lah baru aku bagitau Khairol yang aku dah keluar darah. Khairol pun bawa aku pergi hospital tu. Doktor cek dia kata bukaan tak besar lagi baru kira-kira 1 cm jadi doktor suruh la balik dulu. Dia kata bila dah sakit-sakit baru datang semula. Jadi aku pun baliklah. Masa ni aku duduk umah mertua aku sebab dekat sikit nak ke bandar. Ramai dah orang kat umah dengan Kak Lahnya, Abang Long Aziz. Kak Ros bagi aku minum air yang direndam dengan bunga apa ntah aku pun tak ingat. Dia kata nanti cepat sikit bukaan tu. Masa aku duk kat umah dah rasa dah kontraksi setiap beberapa minit tapi ntah macam mana aku boleh tahan lagi.
Nak dijadikan cerita pada 6 Mac 2007 kami mendapat berita sedih, Pak Ngah iaitu abang kepada abah mertua aku meninggal dunia. Jadi, yang lain semua pergilah menziarah di Pekan. Tinggallah aku dan Khairol di rumah. Petang tu lepas semua dah balik dari menziarah, Kak Ros ternampak la ada seketul darah kat dalam bilik air. Dia tanyalah aku sama ada aku ada masuk bilik air tak sebelum dia. Aku kata ada jadi terus dia suruh siap-siap pergi hospital. Dia kata itu dah sampai masa. Aku admitted kira-kira pukul 9 malam. Bila doktor cek bukaan dah 9 cm dah besar dah. Doktor pun pecahkan air ketuban dan bermulalah sesi meneran tu. Sempat lagi aku suruh Khairol beli air susu coklat. Masa tu yang ada sama Kak Lah dan Kak Ros. Abah mertua aku pulak ada tunggu kat luar. Mulut aku masa tu tak henti-henti baca doa yang aku hafal dari buku persediaan masa mengandung. Memang takut tak usah nak cakaplah. Alhamdulillah selepas 2 jam aku bertarung nyawa, Qistina pun lahir dengan beratnya 2.7 kg. Doktor Razak yang menyambut tu cakap tali pusat dah terbelit kat leher dia. Lepas je Doktor Razak lepaskan tali pusat tu, bergemalah suara dia kat bilik tu sampai abah mertua aku kat luar pun dengar.
Aku masa tu tak tercakap apa, speechless. Kak Lah cium aku, Khairol pun cium aku. Tengok abah mertua aku masuk, dukung anak aku dan qamatkan. Sedar-sedar Doktor Razak dah siap jahit dan nurse suruh aku turun dari katil duduk kat kerusi roda nak hantar aku kat bilik. Abah mertua aku, Kak Lah dan Kak Ros duduk sekejap kat bilik, lepas tu diorang pun balik. Tinggal aku dan Khairol. Khairol aku tengok pun dah tak duduk diam, macam tak percaya dia dah ada anak. Berapa kali cium aku ucap terima kasih semua. Kelakar pulak aku tengok.
Aku discharge dari hospital tengah hari esoknya. Ramai dah menunggu kat rumah nak tengok ahli keluarga baru. Abah dan mak aku pagi hari berikutnya datang. Aku berpantang kat rumah mertua aku. Mula-mula tu gementar jugak ye lah kita ni baru nak kenal mertua tapi alhamdulillah segala-galanya lancar. Semua orang kata rupa Qistina macam rupa ayahnya. Cuma nasib baik warna kulit tak ikut sangat heheh. Yang paling aku suka bulu matanya, lentik! Tak tau la ikut sape sebab bulu mata aku dengan Khairol biasa je.
So, sekarang ni Qistina dah berusia 1 tahun 9 bulan. Dia dah menjadi buah hati semua orang sebab dalam keluarga belah Khairol dia yang paling kecil. Yang paling tatang dia siapa lagi kalau tak akinya iaitu abah mertua aku. Kalau Qistina demam la, terus suruh tidur rumah dia, kalau tak pun aku dengan Khairol yang kena marah sebab tak bagitau dia. Qistina sekarang ni pulak dah pandai, siapa-siapa je yang marah dia terus pergi ke aki dia mengadu. Aku dan Khairol memang tak boleh buat apa la kalau aki dia bersuara. Kalau Qistina minta dukung ke sanggup akinya ni dukung walaupun sebelum tu mengaduh sakit pinggang.
Dialah seorang sinar hidup aku. Malam kalau tidur dia tak ada terasa lain je macam ada kekurangan. Khairol pun sama, kalau dia terpaksa pergi outstation kalau boleh nak pergi balik hari je taknak bermalam. Bila nak tambah seorang lagi ye? Hehe insya-Allah kalau diberikan rezeki oleh Allah S.W.T. mungkin pada tahun depan. Buat Qistina @ Kakak, Mama doakan semoga Allah S.W.T. sentiasa memberkati hidup kakak di dunia dan di akhirat. Semoga menjadi anak yang solehah, taat pada agama, ibu bapa dan keluarga. I love you so much!!!
Tuesday, December 4, 2007
Na na na na na Tengganu Kita
Pada 30hb yang lepas aku, Khairol dan anak serta mertua aku pergi ke Terengganu, rumah Kak Esah. Kami bertolak lepas maghrib sebab aku dan Khairol kerja. Kami kat sana sampai hari Ahad. Kebetulan pulak ada Monsoon Cup jadi dalam perjalanan tu memang banyak kereta menuju ke Kuala Terengganu.
Hari Sabtu aku dan Khairol serta Kak Esah pergi ke Pasar Tani. Sebelum tu kami hantar suaminya Abang Yie ke Pulau Duyong tempat berlangsungnya Monsoon Cup tu. Dalam perjalanan tu tengoklah Masjid Terapung yang ke-2 yang orang sana panggil Masjid Kristal. Memang cantik masjid tu. Di Pulau Duyong ada pulak pertandingan memancing jadi sesak sikit lah. Kat situ aku dapat lihat sesuatu yang jarang nak tengok kat Kuantan ni. Kat Terengganu ni memang dah biasa tengok bendera PAS yang besar-besar tapi yang lagi best, ada bendera BN yang lagi besar dari bendera PAS yang paling besar. Aku rasa kelakar lak tengok perang bendera ni. Lepas hantar Abang Yie kami pergi rumah Tok kepada Abang Yie sebab Kak Esah nak hantar rendang yang abah mertua aku masak. Dapatlah tengok stadium dan airport yang sedang dalam pembinaan. Memang besar betul. Kiranya Kuala Terengganu ni tengah membangun dengan pesatnya. Aku rasa kalah dah Kuantan.
Lepas tu barulah kami pergi ke Pasar Tani. Best Pasar Tani kat Terengganu sebab ada jual ikan hidup, sama ada untuk hiasan ataupun sebagai lauk. Ikan-ikan cam ikan keli, ikan patin pun ada dijual dari anak-anak ikan lagi. Khairol memanglah minat dia semua tu. Balik dari Pasar Tani kami pun masak untuk makan tengahari. Lepas makan semua mata pun mengantuk. Khairol memang tak boleh tahan dah nak tidur. Aku mulanya nak tidur jugak tapi ada pulak cerita hindustan best kat tv3, tak jadi mengantuk. Habis tengok cerita hindustan akupun kejut Khairol sebab nak pergi Giant. Qistina aku tak bawa sebab Kak ajak mandi kolam ngan Darwish. Bukan kolam yang besar tu tapi kolam budak-budak yang kena isi angin tu. Memang kesukaan Qistina la main air. Pergi Giant cuma jalan-jalan je. Aku beli la tudung yang harga rm10. Lepas tu beli roti tapi tak banyak choice pulak kali ni, banyak pizza.
Gaya 2 orang bakal perenang Malaysia...
Balik dari Giant dah pukul 8 malam. Aku dan Khairol plan nak pergi main bowling. Ajak la anak Kak Esah yang sulung, kami panggil dia Boboy. So, Kak Esah hantar kitorang ke tempat bowling sebab dia nak pakai kereta nak bawa mertua aku pulak pergi Giant. Qistina pun ikut diorang la jugak. Kat tempat bowling tu pulak ada tournament. Sempat main 1 game, tak abis pun, kena tunggu diorang habis main. Sementara menunggu tu kitorang berkaraoke, 1 lagu rm1. Penat jugaklah menunggu, dahlah perut lapar, pukul 11 lebih baru boleh main. Kitorang main 1 game je lar sebab dah rasa penat sangat.Kak Esah ambil kitorang pastu kena ambil Abang Yie pulak kat Pulau Duyong. Ingatkah bolehlah sampai rumah cepat tapi kena jalan lagi. Masa dalam perjalanan tu dapatlah tengok Masjid Terapung pada waktu malam. Patutlah orang Terengganu panggil Masjid Kristal sebab memang cantik, setiap saat bertukar warna, memang bercahayalah. Kitorang sampai rumah dekat pukul 1 pagi. Lepas makan akupun tidurlah.
Pagi Ahad lak kitorang pergi Pasar Payang sebab mertua aku nak cari ikan lampam. Memang tak ada rezeki, ikan lampam tak ada tapi kitorang dapat rezeki lain, ikan semilang yang fresh dari laut. Ikan tu dipancing kat pasar tu jugak, hidup lagi. Mertua aku pun beli, kedua-dua ekor. Dah shopping semua kami pun balik. Mertua aku masak tumis asam ikan semilang tu, memang best. Lepas makan Khairol pun buat aktiviti dia lar tidur sebab kitorang nak bertolak balik ke Kuantan petang nanti. Aku, Khairol, mak mertua aku dan Boboy balik dulu manakala abah mertua aku dan Kak Esah naik kereta anak angkat dia yang kebetulan datang Terengganu juga. Diorang bertolak lepas maghrib.
Kira-kira pukul 5.15 petang kitorang pun bertolak. Pertengahan jalan kitorang berhenti di gerai yang menjual kacang dan jagung rebus. Kitorang sampai di Kuantan kira-kira pukul 8.45 malam. Memang penat giler. Aku dan Khairol tidur rumah mertua aku sebab malas nak balik rumah. Nasib baik baju kerja kitorang ada. Aku tak taulah Kak Esah sampai pukul berapa sebab aku dah mengantuk sangat nak tunggu.
Walau bagaimanapun, memang best jalan-jalan ke Terengganu kali ni. Walaupun masa singkat tapi puas hatilah.
Thursday, November 29, 2007
Moral Anak-anak Muda Sekarang
Masa mula-mula kami tau pasal ni, Khairol dah bagi nasihat suruh Amah ni tumpu pada pelajaran dulu, habiskan SPM dulu. Lepas tu kalau dia nak kahwin ke, tunggang terbalik ke kami tak kisah dah tapi itu lah tak dengar cakap rupanya. Hari Selasa lepas kakak Amah ni, Dayang dan suaminya telefon Khairol nak minta selesaikan perkara ni sebab dah jadi teruk sangat dah. Jadi, Khairol pun terpaksa jugaklah jadi penasihat sebab memikirkan si Dayang ni je. Kalau fikirkan mak ayah dia memang kami taknak masuk campur dah.
Dayang ni pun cerita yang Amah ni baru-baru ni tak balik ke rumah selama 3 hari sebab pergi ke rumah pakwe di Chini tu sedangkan dia tengah periksa SPM. Memanglah Dayang ni marah kalau aku pun anak aku buat cam tu memang teruk anak aku. Kebetulan masa Amah ni balik rumah suami Dayang ni ada, suami Dayang pun pukul la Amah ni. Bagi aku tak salah suaminya buat cam tu sebab kira tanggungjawab dia juga. Tapi Amah boleh marah balik suami Dayang ni itu yang Dayang tak tahan. Dia nak settle juga masalah ni itu yang dia dan suami bawa Amah ni jumpa Khairol.
Khairol pun kata Amah ni dah tak boleh buat apa pun. Nasihat banyak-banyak pun tak guna sebab Amah memang dah tak dengar dah. Jalan yang paling baik kahwinkan je lar sebab Amah ni dah tidur dengan pakwe dia ni banyak kali dah jadi takkan nak tunggu perut dah memboyot baru nak suruh kahwin kan. Yang si Amah ni pun satu, bila kami cakap, dia buat macam orang bodoh je, tak rasa takut langsung cam takde apa-apa yang berlaku. Khairol pun telefon pakwe dia tanya sama ada pakwe dia ni nak kahwin tak dengan Amah ni. Mula-mula cakap takde duitlah, baru kerjalah, banyaklah alasannya, bila Khairol gertak nak buat laporan polis semua barulah takut kata memang nak kahwin tapi kena tunggu gajilah. Khairol pun kata dia pegang kata-kata tu. Kiranya duit untuk bayar urusan perkahwinan je lar. Kenduri-kenduri tak payahlah kalau dah macam ni.
Jadi, itulah jalan penyelesaian yang dapat kami buat. Aku pun tak taulah budak-budah sekarang ni. Ambil mudah je masa depan diorang. Tak fikir langsung akan datang nanti macam mana. Fikir nak senang je. Harap-harap janganlah jadi kat anak aku nanti. Minta-mintalah dijauhkan.
Demam lagi!!!
Part bagi ubat ni lah yang tercabar sikit. Anak aku ni memang payah nak bagi ubat, padahal bukan pahit pun ubat tu. Bila suapkan pandai dia sembur balik ubat tu. Cara yang terbaik campur ubat tu dalam susu dia je lar kalau buat cara biasa ubat banyak yang keluar dari masuk ke mulut dia. Kemudian, kakak ipar aku Kak Lah call bagi tau mungkin anak aku kena 'tegur'. Dia ada pergi berubat dengan seorang pengamal alternatif ni, sambil tu dia cerita la pasal anak aku yang asyik demam je, lepas tengok2 orang tu kata anak aku ni kena 'tegur' kat umah aku sendiri. Dia kata umah aku dan kawasan umah aku tu memang 'keras' sikit.
So, orang tu buatlah air tawar untuk anak aku dan dia kata kalau boleh bawa sendiri anak aku nanti jumpa dia. Sebelum tu suami aku pun berubat dengan dia jugak pasal umah aku tu lah. Suami aku pun kena macam tu juga rasa demam, lemah je badan. Lama juga dia kena tapi tak cerita kat aku. Cuma aku seorang je sekarang ni yang masih bertahan. Memang selama aku duduk kat umah aku tu macam-macam aku dengar. Dengar orang menumbuk pakai lesung batu tu, tutup pintu kuat, alih perabut dan macam-macam lagi. Mula-mula aku ingat orang atas umah aku (aku duduk kat kuarters 4 tingkat, aku kat tingkat 2) yang buat bunyi-bunyi semua tu, tapi lama-lama aku pelik, takkan tumbuk lesung batu pukul 2, 3 pagi kan. Pastu takkan hari-hari alih perabot bagai. Kami pun dapat tau la dari penghuni lama kat situ diorang kata memang dari dulu lagi dah bunyi-bunyi tu tapi sebab dah lali jadi tak kisah dah, cuma diorang kata sejak kami duduk kat situ makin menjadi-jadi pulak.
So, sekarang ni kami buat keputusan nak pindah dari rumah tu dan sewa tempat lain. Dah dapat dah rumah sewa tapi tuan rumah tu kata nak tunggu CF dulu. Jadi, terpaksalah tunggu lagi. Aku ni nak kata percaya tak juga tapi nak kata tak percaya tu tak jugak sebab memang ada kan makhluk-makhluk halus ni tapi aku selalunya buat tak tau je. Jadi anak aku sekarang ni dah sihat cuma batuk-batuk je ada lagi sikit tapi kira aku dah lega la tengok keadaan dia.
Tuesday, November 20, 2007
Anugerah Juara Lagu - Semi Final Balada
Apa yang aku tak puas hati pakaian penyanyi-penyanyi perempuan macam sekadar melepaskan batuk di tangga je. Macam baju Nieyl, cam sewa kat butik pengantin je. Jac lak cam nak pegi high tea. Siti Nurhaliza not bad cuma dress tu membuatkan tubuhnya nampak berisi. Idayu lagilah, nampak very the sendat. Argghh... seksa aku tengok. Apapun inilah persembahan pilihan peribadi aku.
Persembahan Pilihan
1. Ceritera Cinta
2. Kasih Tercipta
3. Harapan
4. Bisakah
5. Mahakarya Cinta
6. Izinkan Ku Pergi
7. Hilang
8. Sejuta Nafas Cinta
9. Lagu Nieyl (tak ingat tajuk)
10. Lagu Idayu (tak ingat tajuk)
5 lagu pilihan peribadi untuk ke final
1. Ceritera Cinta
2. Harapan
3. Kasih Tercipta
4. Bisakah
5. Mahakarya Cinta
Wednesday, November 14, 2007
Demam
Tuesday, November 13, 2007
New Car Will Be Coming Soon!
Friday, November 9, 2007
Darwish membawa Qistina naik ulat gergasi
Qistina, pandu kereta pandang depan!
Lepas puas berjalan barulah kami pergi ke tempat piknik. Dekat je dengan bandar Kuantan. Kat Kg Anak Ayer je. Mertua aku, Kak Lah, Abang Isa, Abang Long Aziz, Kak Long Ros dah sampai dulu. Kami sampai terus makan dulu sebab lapar. Lepas tu projek Abang Long Aziz dengan Abang Isa la pulak pergi menjala. Kami yang lain ni melepak je lar. Budak-budak memang seronok terutama Darwish dengan Amrul. Qistina lak asik buat perangai je. Kejap ok kejap kang mengada-ngada. Dia memang tak boleh kalau ramai-ramai orang mula la mengada-ngada nak perhatian.
Thursday, November 1, 2007
Melangkah Ke Alam Baru
Port Dickson - Zoo Melaka - Raub - Part 2
Ok berbalik kepada kisah percutian aku, panjang lak kisah Pak Ngah tu ek, hari Jumaat 19hb. Okt kitorang plan nak balik pagi, oh ye lupa lak nak cite yang pegi Raub ni 2 buah kereta, kereta aku dengan abang long aziz. Kak Lah dengan keluarganya tak ikut sebab nak balik awal ke Kuantan, ada hal. Ok, mula-mula nak balik pagi alih-alih petang baru balik. Balik dengan sebuah kereta je sebab abang long aziz nak stay lagi satu malam. Jadi, mertua aku kena naik kereta aku lar. Bayangkan kereta kancil aku kat tempat duduk belakang diduduki oleh 3 orang dewasa dan seorang budak umur 2 tahun. Dengan barang-barang lagi, punyalah sendat. Pak mertua aku kata bila dia keluar dari kereta rasa macam dah tak ada punggung hahahah. Kami sampai di rumah mertua aku pukul 9.30 malam. Letih tak boleh nak cakaplah.
Macam tu lah percutian aku selama 4 hari 3 malam. Seronok memang seronok tapi penat jugak. Nampak gayanya aku dan Khairol kena beli kereta yang besar lagi. Bukan apa aku tak tau lah kenapa setiap kali pergi berjalan ramai nak naik kereta aku. Aku pelik jugak sebab kereta masing-masing lagi besar tapi nak naik jugak kereta kancil aku yang cute ni. Mertua aku pun suka naik dengan kami. Tak tau lah kenapa mungkin sebab kami ni tak banyak kerenah kot.
Aku rasa percutian ni penutup untuk tahun 2007 ni. So, percutian yang seterusnya tahun depan lah. Dah ada dalam kepala aku perancangan ke mana tahun depan. Harap-harap jadilah kalau tak ada apa-apa halangan. Ok, post yang seterusnya nanti aku nak cerita pasal perkahwinan ofismate aku.
Port Dickson - Zoo Melaka - Raub - Part 1
Hari kedua 17hb. Okt lepas sarapan kami pergi ke Zoo Mini Port Dickson. Saja seronok-seronok bawa anak-anak tengok binatang. Bayaran masuk ke zoo ni untuk dewasa rm6 dan kanak-kanak bawah 12 tahun rm3. Luas juga kawasan zoo ni dan banyak juga binatang-binatangnya. Apa yang bestnya zoo ni dibina dalam kebun buah-buahan. Jadi redup je suasana dan tak lah panas sangat kami berjalan. Cuma kalau tengah musim buah-buahan mesti lagi best. Sambil berjalan sambil petik buah hehehe. Anak dara aku lagi best sebab dibawa oleh akinya menunggang kuda. Sanggup pulak pak mertua aku tu ikut sekali berjalan dengan kuda tu takut anak dara aku jatuh. Ye lar cucu kesayangan la katakan.
Lepas puas menengok binatang kat zoo tu kami pegi minum-minum air kelapa kat satu gerai di tepi jalan. Sebiji kelapa pandan tu rm2.50. Air kelapanya banyak cuma tak berapa manis. Lepas hilangkan dahaga kami pergi lepak kat tepi pantai di Teluk Kemang. Ramai juga orang mungkin ibu bapa ambil kesempatan cuti panjang lepas raya nak bawa anak-anak berjalan. Anak aku tidur lak jadi tak dapat bagi dia main kat pantai. Aku dan Khairol ambil kesempatan pergi shopping kat gerai-gerai souvernir. Kami beli seluar hawaii dan beli baju untuk anak aku. Untuk kenangan dah sampai ke Port Dickson. Kira-kira pukul 2.30 petang kami balik ke banglo sebab petang nanti kami nak pergi ke Zoo Melaka pulak nak tengok zoo malam. Sampai je di banglo kami cepat-cepat masak sebab dah lapar. Kira-kira pukul 5.30 petang kami pun mula bertolak ke Zoo Melaka. Dari Port Dickson ke Melaka memang dah dekat.
Kami sampai ke zoo pukul 8.00 malam. Bayaran untuk masuk dewasa rm10 dan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun rm5. Kami dibawa menaiki train dan diberi penerangan oleh seorang pekerja zoo. Sampai di tempat kurungan harimau, kami diturunkan kerana lebih puas berjalan kaki di situ. Train akan tunggu di satu tempat khas di akhir destinasi nanti. Banyak juga pak belang yang diletakkan di dalam kandang. Ada yang tidur dan ada juga yang aktif. Ada seekor pak belang tu cam nak melompat keluar je dari kandang. Habis round semua dalam pukul 9.30 malam. Aku sempat beli souvenir berupa key chain untuk kenang-kenangan. Kami terus bertolak balik ke banglo. Ingatkan akan berhenti untuk makan tapi masing-masing laju je balik. Kami sampai rumah kira-kira pukul 1 pagi sebab terikut abang long aziz yang terlajak masuk ke jalan lain. Jalan tu sampai juga ke Port Dickson cuma jauh sikit dari jalan masa kami pergi tadi. Sampai ke banglo masing-masing semua serbu dapur cari makanan. Aku dah tak larat dah mengantuk sangat memang tak rasa lapar dah.
Hari ketiga 18hb. Okt lepas berkemas dan sarapan kami pun check out. Destinasi seterusnya ke Nilai 3 syurga kain pasang. Dekat berapa jam kami kat situ sebab Kak Esah berniat nak buat jual lak kain pasang. Jadi, kami beli kira-kira 20 pasang kain. Mak mertua aku sampai merajuk-rajuk sebab lapar menunggu kami. Kira-kira pukul 3 petang baru kami bertolak keluar dari Nilai 3 menuju ke Raub. Masa berhenti makan di bandar Raub mak mertua aku taknak makan sebab merajuk punya pasal. Lepas tu kami singgah di pasaraya sebab nak beli barang dapur untuk rumah Pak Ngah. Kami sampai di rumah Pak Ngah kira-kira pukul 8.30 malam.
Setakat ini lar dulu posting aku. Aku akan sambung nanti kisah percutian ni di part 2.
Tuesday, October 23, 2007
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
So, camne ngan raya korang? Taun ni giliran kampung aku la pulak. Kalau nak cite pasal kampung aku ngan suami mesti sume orang gelak. Bukan ape kampung kami dekat je, sama negeri, sama daerah, cuma kampung je lain. Jarak antara kampung kami pun cuma 12 km je, hehe. Kiranya sebelah pagi beraya ngan famili aku, sebelah petang dah ada kat rumah famili suami aku, senang je takde nak gaduh2 sakan.
Selalunya sehari sebelum raya aku dah amik cuti tapi taun ni terpaksalah berkorban bagi peluang ofismate yang kampungnye jauh bercuti dulu. Lagipun lepas raya aku sambung cuti jadi adillah kan. Jadinya aku lak yang jadi orang jauh paling lambat sampai kat rumah famili aku. Kakak2 dan abang2 aku dah sehari sampai. Takpe lar bagi peluang, diorang pun dari jauh kan. Raya kali ni meriah lak kat rumah mak dan abah sebab sume ade balik. Penuh betul rumah. Bila waktu tido, penuh lar ruang tamu tuh.
Raya kali ni kami hidangkan menu yang biase setiap taun, ketupat, rendang kakak ipar aku buat stail jawa, ada lodeh dan biskut2 raya lar. Taun ni rasa kekurangan skit sebab aku baru kehilangan wan aku pada september lepas. Lepas je orang2 lelaki balik semayang raya, kami pun beramai2 menziarah kuburnya. Rasa sayu je hati tak dapat nak diungkapkan. Balik dari tanah perkuburan lak sesi bermaaf-maafan. Sambil bermaaf-maafan sampul raya pun dihulur sama hehe. Kali ni ada rezeki lebih jadi lebihlah skit duit raya.
Tengah kami makan2 mak dah abah suami aku dan famili kakak dia sampai. Kan aku dah kata tadi kampung dekat je hehe. Pas makan2 diorang ajak suami aku gi beraya umah abang sulung dia. Oleh kerana takde orang datang beraya lagi kami pun pegi lar. Kat umah abang long suami aku tu kami makan nasi beriani. Terlanjur kat sana kami pun pegi la beraya umah kakak suami aku yang no. 3. Sebenarnya kakak suami aku ni anak sedara mak suami aku yang dipelihara dari kecil. Eh susah lak nak bercerita ek pasal adik beradik ni. Ok lar aku biar aku story dulu pasal famili aku dan suami aku.
Ok, ni famili belah aku. Abah - Haji Mohamed Yasin bin Mohamed Ishak, Mak - Hajjah Zainap binti Abdullah, 1) kakak sulung aku - Hasmah, 2) abang - Ismail, isteri - Kak Siah, anak-anak, Awin, Aishah & Awatif, 3) abang - Hashim, isteri - Kak Ani, anak-anak, Hanif, Hafiz, Haziq & Hakim, 4) abang - Iskandar, isteri - Ima, anak - Ienassofia, 5) kakak - Rozaimah, suami - Rosli, anak-anak, Irfan, Ika, Farhan & Iman, 6) Azlina (aku), suami - Khairol, anak - Qistina dan last sekali 7) adik perempuan - Izaidah.
Ni antara saudara terdekat, adik mak aku, 1) Makcik Kiah, suami - Pakcik Bakar, anak-anak, Huda, Emi, Elang & Majdi, 2) Busu Sarip, isteri - Kak Ina, anak-anak, Fauzan, Nafi, Shasha, Hikmal, Siti & Chubby. Makcik Kiah duk kat KL dah sekarang ni cuma Busu Sarip ni duk dekat umah mak dan abah aku.
Ok, ni lak famili belah suami aku. Abah - Abu Samah bin Osman, Mak - Sabariah, 1) abang sulung - Aziz, isteri - Roslina, anak-anak, Najwa, Najla(kembar), Aiman & Amrul, 2) kakak - Noraisah, suami - Zamri, anak - Darwish, 3) kakak - Kak Lah, suami - Isa, anak-anak - Shikin, Azrin & Nissa, 4) abang - Hamzah (dah meninggal) & last sekali suami aku yang bongsu. Mak suami aku ada jaga seorang anak sedara dia kami panggil Mok Nor, dah kawin, anak-anak ada 3 orang. Rumah dia lar yang kami nak pegi lepas pegi rumah abang long suami aku.
Itu lar serba sedikit pasal famili kami. Akan2 datang senang skit aku nak bercerita kan. Letak nama jer. Sambung balik cite pasal beraya. Raya kedua aku dan suami pegi beraya rumah Mak Long dia kat Kuala Pahang. Orang Pahang tau lar kat mane ni. Memang tiap2 taun raya kedua mesti pegi umah Mak Long ni. Famili suami aku sume pegi. Selalunya kat rumah Mak Long ni kami makan nasi. Lauknya simple je, ikan tongkol masak singgang, sambal belacan, ikan masin, sayur skit pas tu taun ni ada tambahan kerabu mangga. Makan lak kat tepi pantai memang pergghhh... menjilat jari. Dessertnya tapai pulut. Selalu yang excited terover mak mertua aku. Bile makan tuh memang dah tak ingat orang lain, tak tengok kiri kanan dah, laju je menambah nasi sampai tertumpah2 air heheh.
Pas tu pegi umah Mak Ngah, adik pak mertua aku. Kat umah dia lagi kaw menu, sup gear box. Suami aku tak ingat dunia dah pas tu baru la rasa panas lar, sesak nafas lar, masa makan tak ingat sume tu. Petang baru kami balik. Raya ketiga baru aku balik umah aku sebab nak ngemas nak pegi Port Dickson raya keempat nanti.
Cite pasal Port Dickson aku sambung kat post seterusnya.
Thursday, September 27, 2007
Baju Raya, CD dan DVD
Lepas beli baju anak kami g kat kedai vcd yang kami selalu pegi. Kira2nya kami dah pelanggan tetap kat situ hehe. Aku nak beli album Kerispatih yang aku booking. Sebenarnya minggu lepas aku dah datang tapi cd dah habis, kaset adalah tapi aku taknak. So, aku pun booking. Tengah belek2 cd Kerispatih tuh ternampak lak cd Sean Kingston. Ok gak lagu2 dia. Beli lar dua2. Suami aku lak beli dvd. Ntah bile lar nak tengok. Dvd yang lepas2 aku beli pun tak sempat tengok lagi.
Sekarang ni tengah layan cd Kerispatih dan Sean Kingston tu. Aku copy ke pc kat ofis aku so setiap masa lar bole dengar. Nanti2 lar aku komen ek.
Tuesday, September 25, 2007
Album Baru Anuar Zain
Dah seminggu lebih aku dengar cd terbaru Anuar Zain. Ntah kenapa kali ni lagu2nya lambat skit nak 'mesra telinga'. Ape yang tak kene ek? Vokalnya memang superb. Lagu2nya kot. Aku rasa lagu2 Anuar Zain kali ni melodinya slow skit. Oklah ni pendapat aku tentang lagu2nya dari sudut seorang peminat dan pendengar.
I'm The Lucky One
Mula2 aku dengar lagu ni, alamak! Lambatnya dari satu rangkap ke satu rangkap. Bila dah banyak2 kali dengar baru la dapat feel. Aku suka lagu ni. Romantik sangat. "Meski bercinta, kadang tak indah, tapi tuk buktikan kau yang terindah, dan ku pastikan i'm the lucky one, nikmati cinta, lebih dari segalanya".
Ketulusan Hati
Lagu ni ok lar tapi aku tak berapa suka sangat. So, taknak komen.
Tinggalkan Aku
Inipun antara favourite aku. Nice jer dengar.
Kau Bunga Cintaku
1 daripada 2 lagu rancak dalam cd ni. Bila dengar lagu ni cam nak menari jer tapi aku lebih suka yang satu lagi. Tang korus tu sekali dengar cam lagu yang dinyanyikan oleh Bunga Citra Lestari yang tengah popular di Hotfm.
Tak Lelah
Lagu ni aku suka tang korus jer, hehe bole ker.
Lelaki Ini
Lagu ni menduduki carta teratas favourite aku dlm cd ni. Rasa dibuai-buai je bile dengar. Bayangkan Anuar Zain nyanyi lagu ni di hadapan kita khas utk kita.... wahhhh...
Hanya Milikmu
Lagu ni biase je pada aku. Melodi yang biasa.
Bidadari
Lagu ni pun biase je.
Jangan Pernah Lagi
Ha! Lagu ni yg aku suka daripada yg atas tadi. Bila dengar je mesti kepala automatik bergoyang sama.
Teman Terulung
Lirik lagu ni memang best tapi slow sangat la. Aku jd letih nak dengar sampai abis tapi bila dengar banyak2 kali best gak.
Oklah kesimpulannya aku rasa album Anuar Zain sebelum ni lagi best tapi ye lar setiap orang ada citarasa masing2. Aku as peminatnya sentiasa menyokong. Walaupun ada juga tak puas ati dgn albumnya kali ni tapi berbaloi membelinya kerana kualiti yang diberikan dan aku rasa Anuar Zain tak akan mengecewakan peminat2nya.
Monday, September 24, 2007
Relakan Pemergiannya
Apalah daya ibu bapanya, terasa gugur jantung mengenangkan penyeksaan yang dilalui oleh si anak yang baru berusia 9 tahun itu. Walau betapa tabah dan gagahnya seorang lelaki yang bergelar ayah, tetapi bila anak yang dikasihi diperlakukan sebegitu, berderai juga air mata yang selama ini cuba dibendung. Aku yang juga seorang ibu, memang tidak dapat menahan air mata saat melihat pengebumian arwah Nurin Jazlin. Sedangkan imam yang membacakan talkin pun turut menangis apatah lagi aku seorang wanita dan seorang ibu. Aku yakin seluruh rakyat Malaysia pun menangis tak kira bangsa atau agama.
Aku tak dapat membayangkan manusia jenis apakah yang sanggup memperlakukan seorang kanak-kanak dgn begitu kejam sekali. Aku rasa kalau tertangkapnya pembunuh tersebut mahunya kene belasah oleh orang ramai kalau diberi peluang ataupun kene baling batu. Bila jadi kes2 cam ni aku jadi fobia nak bg sedara-mara aku bawa anak aku jalan2. Bukan tak percaya tapi ye lar kene beringat jugak.
Berakhirlah sudah episod yang memilukan. Mulai saat ini aku harap ibu bapa akan lebih prihatin dgn anak2 mereka. Masyarakat juga diharap dapat memainkan peranan masing2 kerana mungkin dgn sedikit maklumat dapat membantu mereka yang memerlukan. Juga aku mengucapkan tahziah kepada keluarga arwah Nurin Jazlin dan aku doakan supaya mereka tabah menghadapi segala dugaan ini. Aku harap pihak polis juga tidak mendakwa mereka atas kesalahan cuai. Cukuplah dgn apa yang sudah mereka lalui selama ini. Tak payahlah nak bebankan lagi perasaan mereka. Lagipun mereka tak minta pun semua ini berlaku dan tidak ada ibu bapa yang mahu sesuatu terjadi kepada anak2 mereka.
Al-Fatihah buat arwah adik Nurin Jazlin Jazimin,
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di antara orang-orang
yang beriman. Amin.
Wednesday, September 12, 2007
Selamat Menyambut Bulan Ramadan
Bulan Ramadan taun ni aku sambut dengan penuh kesyukuran. Bersyukur kerana masih diberi peluang utk aku menjalani ibadah puasa. Taun ni juga aku berharap dapat menunaikan semayang tarawikh dengan sepenuhnya kecualilah aku dilanda masalah wanita hehe. Puasa kali ni juga pertama kali aku menyambutnya tanpa wan@mak yang aku sayangi. Juga pertama kali berpuasa di rumah sendiri. Teruja jugaklar aku coz macam2 dah plan dlm kepala nak masak ape utk juadah berbuka.
Aku juga berharap utk tdk membazir semasa berbuka. Cuba menahan diri daripada membeli bermacam2 juadah berbuka yg akhirnya bila tak abis akan masuk ke tong sampah. Bila mengenangkan itu semua betapa pada taun2 sebelum ini aku telah banyak membuang rezeki yang sepatutnya bole menjadi rezeki orang yang lebih memerlukan.
Utk permulaan aku akan bersahur dan berbuka di rumah mertua aku. Seronok juga ramai2 dan insya-Allah seterusnya di rumah aku sendiri. Kepada semua rakan2 blog aku ucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menunaikan ibadah tarawikh.
Tuesday, September 11, 2007
Al-Fatihah...
Aku tak berniat pun utk tidak tinggal bersamanya selepas aku berkahwin tapi aku memikirkan yg kata2 suamiku ada juga benarnya. Selama ini aku yg menjaganya apa salahnya aku kembalikan tanggungjawab itu pada anak lelakinya. Bukan aku dah tak sanggup dan bukan juga kerana suami aku tak benarkan aku menjaganya tetapi utk menyedarkan anak lelakinya dan isterinya akan tanggungjawab yang mereka lepaskan kpd aku sewenang2nya. Kalau diikutkan, jika aku tak bekerja dan ada kemampuan utk menggaji maid sudah tentu aku bawa dia bersama.
Kalau dikira aku memang terkilan, menyesal kerana tak bersamanya menghadapi saat2 sakaratulmaut tapi itulah dah ketentuanNya. Aku bersyukur dia pergi di hari yang mulia pada hari Khamis menjelang Jumaat, beberapa hari lagi kita menyambut bulan Ramadan. Saat aku mencium dahinya utk kali terakhir sebelum mukanya ditutup kain kapan, terasa ketenangan wajahnya. Sesungguhnya aku redha dengan kepergiannya. Dia pergi dgn tenang dan tidak menimbulkan kesusahan kepada kami yang tinggal.
"Mak, segala pengorbanan dan kasih sayang mak selama membesarkan ina akan tetap ina kenang. Ina doakan semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin".
Tuesday, September 4, 2007
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Satu cara kreatif untuk menggambarkan bendera Malaysia
My Best Friend's Wedding
Kebetulan masa tarikh tu aku takde hal ape dan rumahnya pun kat Jerantut, Pahang, kira2 2 jam perjalanan dari rumah aku jadi aku pegilar. Memang dah lama tak jumpe dia. Masa dalam perjalanan tu asik memikir je macam mane lar rupanya sekarang, makin tembam ke makin kurus ke.
Apa yang menyakitkan hati aku kamera aku buat hal masa nak amik gambar pengantin. Bengang je rasanya. Ini saje lar hasil yang terbaik lar dapat aku amik. Selamat pengantin baru buat Nor Ezadatul Fazlina dan pasangannya Ali Shaifuddin.
Bertemu Dan Berpisah...
Memberikan kata-kata terakhir...
Anakku Gayat!!!
Tuesday, August 7, 2007
FFM 20
Selamat Pengantin Baru
Direnjis2 dipilis, ditepungilah tawar...
Friday, August 3, 2007
Hobi
Kelas kan gambo nih, ikan pancing orang... sinis
Thursday, August 2, 2007
Boling Bersama TM
Johan kumpulan wanita (ada sorang lagi wakil TM)