Sunday, February 5, 2017

Nanti Ayah Balik

Situasi #1

Adik : Mama adik nak bak (susu)
Mama : Ok adik ambik lah botol adik
Beberapa minit kemudian...
Adik : Adik tak jumpalah botol adik
Mama : Adik letak mana botol adik tadi? Pegi cari betul2
Dah 2, 3 kali ulang alik cari botol...
Adik : Mama, adik tak jumpa botol adik (dgn muka sedih)
Mama : Abis tu camne nak buat bak adik?
Adik : Tak pe lar nanti ayah balik ayah cari lah...
Mama : ?????

Situasi #2

Adik : Main lompat2 atas katil lps tu tertarik kain langsir n tercabut hujungnya
Mama : Adikkkkk!!!!
So kene denda berdiri kat langsir tu
Mama : Sambil ngemas sambil mulut membebel...dah ni sape nak pasang langsir ni?
Adik : Nanti ayah balik ayah pasanglah
Mama : ?????

Situasi #3

Adik : Mama cepatlah adik nak tengok kartun...
Mama : Nak tengok kartun kat mana?
Adik : Kat 611 ke, 610
Mama : Mana ada...mama tak ambiklah kartun
Adik : Adaaa...cepatlah mama buka
Mama : Nak buka camne dah memang tak ada...
Adik : Tak pe lar nanti ayah balik ayah bukalah
 untuk adik
Mama : ?????

Macam mana ayah nak balik nak? Huhuhu...


AZLINA MY

Thursday, February 2, 2017

Riadah Petang di Laman Teruntum

Selain Taman Esplanade @ Benteng dan Esplanade Tanjung Api, now orang Kuantan boleh beriadah kat satu tempat baru iaitu Laman Teruntum.  Actually tahun lepas lagi dah siapnya tapi baru sekarang nak up kat blog.

Where's the location?  Senang saja. Kat tapak Stesen Bas Lama Jalan Besar dulu, di pinggir Sungai Kuantan.  

So, lets the picture talk.






















#anilzamy
#visitpahang2017
#kuantanese
#pahangian



AZLINA MY

Friday, January 20, 2017

Ikutkan Hati


Lamanya tak menulis di sini.  Rindu rasanya nak menulis tapi itulah mood tak menentu.  Mood nak berblogging tu kadang-kadang ada, kadang-kadang tak.  Kadang-kadang dah buka, dah mula nak menaip kat keyboard lepas tu tak jadi.  Tutup semula.  

But now tiba-tiba ada mood pula.  Mungkin sebab ada idea nak menulis.  Lebih kepada luahan perasaan sebenarnya.

Pernah tak korang ada perasaan yang korang nak sesuatu, korang nak sangat tapi sebenarnya korang dah tahu tak akan dapat.  Cuma korang teruskan juga cuba sebab korang suka.  Tolak ke tepi apa pengakhirannya nanti just go on follow your heart.

Yes, that's what i feel right now.  11 tahun dulu pun pernah alami perasaan ni tapi pengakhirannya happy ending.  Apa yang aku rasa sekarang ni lebih kurang sama tapi aku dah tahu pengakhirannya adalah sad ending.  Entah kenapa aku still nak teruskan perasaan tu.  Mungkin sebab aku ikutkan hati. Mungkin sebab aku suka risiko. Mungkin sebab aku nampak ada happy tu tapi sebenarnya cuma gula-gula jer.  Sekejap jer happy tu lepas tu kembali semula ke perasaan tak menentu tu.

Sebenarnya aku dah tahu apa yang perlu aku lakukan cuma aku masih tak mampu nak laksanakan.  Tak mampu lagi nak hadap hari-hari tanpa perasaan tu tapi aku tahu sampai masa nanti aku kena juga hadapi.  Just go with the flow.  InsyaAllah aku mampu lakukan.  Allah ada bersamaku.


"WE MEET EVERYONE FOR A REASON.  EITHER THEY'RE A BLESSING OR A LESSON"



AZLINA MY

Wednesday, September 14, 2016

Selamat Hari Ulang Tahun Teman Sejiwaku

Salam semua...

Hari ini 14 September adalah hari ulang tahun seseorang yang amat istimewa di hati aku dan anak-anak.  Kalau dia masih ada dia berusia 41 pada tahun ini.

Ya Allah, kami sangat-sangat merinduimu.  Tak terhitung rasanya perasaan rindu ni.  

Kami tahu kamu berada di tempat yang terbaik.  Semoga kamu tenang di sana dan kami berdoa kamu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.




AZLINA MY